Page 30 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 30

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                        18
               Model Lestari UPSR                Jasa Guru
                                 UPSR
           Puisi  di  bawah  ini  merupakan  curahan  hati  seorang  murid  terhadap  gurunya  bersempena
           dengan sambutan Hari Guru.
           Tulis ulasan tentang jasa seorang guru menerusi puisi tersebut dalam bentuk perenggan.


                                                      GURU

                                                       Guru,
                                              Kaulah penyuluh hidupku,
                                                 Menerangi alam ini,
                                                Kau ibarat ibu bapaku,
                                              Mengasuh dan mendidikku.
                                                    Duhai guru,
                                             Kau bagaikan sebatang lilin,
                                           Menerangi alam yang kegelapan,
                                            Kau sanggup membakar dirimu.

                                                    Duhai guru,
                                                  Kau insan mulia,
                                       Membimbing dan mengajarku tanpa jemu,
                                            Kaulah insan yang ku sanjungi,
                                                  Segala baktimu,
                                            Akanku balas dengan kejayaan,
                                         Akanku buktikan kepadamu duhai guru.



               M  odel  J awapan
               Model Jawapan

           Guru  merupakan  insan  mulia  yang  banyak  mencurahkan  ilmu  tanpa  pernah  kenal  erti  penat
           dan lelah dalam mendidik anak bangsa. Tanpa guru, siapalah kita. Guru diibaratkan sebagai ibu
           bapa kepada murid-murid di sekolah. Dalam hal ini, murid-murid banyak menghabiskan masa
           di sekolah dan berada di bawah pengawasan guru.
                Tugas guru amat besar kerana merekalah yang akan membimbing dan memberikan tunjuk
           ajar kepada murid-murid dalam mencapai kecemerlangan. Murid-murid akan bersama dengan
           guru bukan sahaja untuk aktiviti di dalam kelas, bahkan aktiviti di luar kelas seperti kokurikulum.
           Selain itu, guru juga bertanggungjawab dalam membentuk peribadi dan tingkah laku murid sejak
           di bangku sekolah rendah lagi agar dapat melahirkan seorang insan yang berguna kelak.
                Oleh  itu,  kita  haruslah  menghargai  pengorbanan  guru.  Janganlah  kita  menjadi  seperti
           kacang	lupakan	kulit apabila kita sudah berjaya suatu hari nanti.


                                                                  Kamus
             pengawasan – penjagaan, pemeriksaan             seperti	kacang	lupakan	kulit	– orang yang lupa
             peribadi – sifat murid
                                                             akan jasa seseorang yang pernah menolongnya



              70






      BAHAGIAN B.indd   70                                                                           11/10/16   4:30 PM
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35