Page 29 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 29
Penulisan UPSR Bahagian B Ulasan
17
UPSR
Model Lestari UPSR Kerjaya
Petikan di bawah ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh seorang pemain bola sepak.
Tulis ulasan tentang pengalaman pemain bola sepak tersebut dalam bentuk perenggan.
Kini, aku mampu tersenyum gembira. Keputusan untuk menyertai pasukan bola sepak sekolah
sepuluh tahun yang lalu, tidak sia-sia. Walaupun pada awalnya, ibu bapaku kurang merestui
tindakanku, akhirnya mereka akur dan memahami hobiku. Setiap
hari aku berlatih untuk meningkatkan mutu permainanku.
Semakin hari, aksiku di padang semakin lincah. Bakatku kian
menyerlah. Oleh itu, aku terpilih untuk beraksi dalam perlawanan
bola sepak peringkat daerah, negeri, dan negara. Aku juga
memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi kerana hajatku termakbul.
Ibu bapaku bukan sahaja menjadi pendorong utama kejayaanku,
malah menjadi peminat setiaku.
Kini, aku dapat mengharumkan nama sekolah, keluarga, dan
negaraku di samping memperoleh ganjaran yang setimpal daripada
hasil usaha gigihku. Aku juga berharap pada masa akan datang,
lahir anak-anak watan yang akan mewakili negara dalam kejohanan
bola sepak di peringkat antarabangsa.
Aku yakin dan berpegang teguh pada pepatah Melayu yang
berbunyi, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.
M odel J awapan
Model Jawapan
Kerjaya sebagai pemain bola sepak merupakan kerjaya yang sangat mencabar dan dapat
mengharumkan nama negara. Namun begitu, sebelum mengecap kejayaan, pelbagai halangan
dan rintangan perlu dilalui oleh pemain. Misalnya, tidak mendapat restu daripada keluarga
pada awal penglibatan dalam sukan tersebut. Ibu bapa mungkin beranggapan bahawa kerjaya
tersebut tidak menjamin masa depan.
Dalam pada itu, seorang pemain bola sepak perlu giat menjalani latihan supaya dapat
meningkatkan mutu permainannya. Setelah itu, apabila aksi mereka semakin cemerlang dan
bakat mula menyerlah, baharulah mereka diberikan kepercayaan untuk menyarung jersi bagi
mewakili pasukan bola sepak di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Benarlah kata orang
bahawa usaha tangga kejayaan.
Oleh itu, tidak mustahil untuk seseorang pemain mengecap kejayaan kerana kemahuan
dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh mereka itu pasti akan membuahkan kejayaan di
penghujungnya.
Kamus
kerjaya – profession atau pekerjaan yang dipilih usaha tangga kejayaan – seseorang itu perlulah
sebagai cara mencari nafkah berusaha dengan gigih untuk memperoleh
giat – rajin, tangkas, kuat; aktif kejayaan
69
BAHAGIAN B.indd 69 11/10/16 4:30 PM

