Page 28 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 28
Penulisan UPSR Bahagian B Ulasan
16
Model Lestari UPSR Amalan Membaca Amalan Mulia
UPSR
Petikan berita di bawah ini menerangkan kempen amalan membaca.
Tulis ulasan tentang kempen tersebut dalam bentuk perenggan.
MELAKA, 4 April – Sebahagian besar penduduk di negeri tersebut
meluangkan masa selama 10 minit, bermula pada pukul 10.00 pagi
hingga 10.10 pagi untuk menyertai program atau kempen “Jom
Membaca Bersama-sama untuk 10 Minit” yang diadakan serentak di
semua jabatan kerajaan, agensi kerajaan, serta sekolah yang terlibat.
Program membaca yang berkonsepkan berhenti sebentar dan
membaca selama 10 minit ini dijalankan di seluruh negeri Melaka dan
di pelbagai lokasi. Program ini dikelolakan oleh Majlis Perpustakaan
Awam Negeri Melaka.
Walaupun dalam tempoh yang agak singkat, namun sokongan padu yang diterima daripada
semua pihak termasuk pegawai-pegawai Perpustakaan Awam Negeri Melaka untuk bersama-
sama dalam memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat telah menjayakan kempen
ini.
Pelancaran program "Jom Membaca Bersama-sama untuk 10 minit" ini berlangsung di
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM) di Bukit Baru. Program ini telah
disertai oleh kira-kira 300 orang murid, guru-guru, serta kakitangan agensi kerajaan. Semasa
majlis pelancaran berlangsung, semua orang membaca pelbagai jenis bahan bacaan selama 10
minit bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.10 pagi.
M odel J awapan
Model Jawapan
Amalan membaca harus dipupuk sejak kecil untuk melahirkan generasi yang berilmu
pengetahuan. Misalnya, ibu bapa dan ahli keluarga berperanan untuk memupuk minat membaca
dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa juga boleh membaca buku bersama-sama ahli keluarga
sepertimana kempen “Jom Membaca Bersama-sama untuk 10 Minit” yang telah dilancarkan.
Seterusnya, sokongan padu daripada semua pihak dalam menjayakan kempen membaca
ini amat diperlukan bagi memastikan objektifnya tercapai. Dalam pada itu, kita juga hendaklah
bekerjasama dalam memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan kempen amalan
membaca ini, sekali gus menjadikannya sebagai tabiat dan dipraktikkan secara berterusan.
Kesimpulannya, jadikanlah amalan membaca sebagai amalan harian kerana banyak
membaca luas pengetahuan, serta Mulianya Manusia kerana Ilmu Pengetahuannya. Oleh itu,
marilah kita menjadi ulat buku.
Kamus
memupuk – menyemai
objektif – matlamat; tujuan ulat buku – Orang yang rajin membaca
Mulianya Manusia kerana Ilmu Pengetahuan – banyak membaca luas pengetahuan – semakin
Seseorang itu akan dipandang tinggi oleh banyak kita membaca, semakin banyak ilmu
masyarakat apabila dirinya berilmu pengetahuan yang kita peroleh
68
BAHAGIAN B.indd 68 11/10/16 4:30 PM

