Page 27 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 27

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                          15
                 Model Lestari UPSR                 Adab Berkawan
                                   UPSR
              Gambar di bawah ini menunjukkan adab kita dalam berkawan.
              Tulis ulasan tentang cara-cara kita menjaga adab semasa berkawan dalam bentuk perenggan.


                        BERGAUL	MESRA	DENGAN	RAKAN              MENZIARAH	RAKAN	YANG	SAKIT















                   Menjaga Adab semasa Berkawan:
                   1.  Mengasihi rakan seperti kita mengasihi diri sendiri.
                   2.  Menghormati rakan dan tidak sesekali mengaibkan mereka di hadapan orang lain.
                   3.  Menghindari perbuatan yang boleh menyinggung perasaan rakan.
                   4.	 Menegur rakan dengan berhemah agar tidak menyakiti hati rakan.


                 M  odel  J awapan
                 Model Jawapan



              Setiap orang haruslah menjaga adab semasa berkawan. Kita hendaklah mengasihi rakan kita
              sama seperti kita menyayangi diri sendiri. Kita perlulah mengambil berat akan rakan, meluangkan
              masa, dan menziarahi rakan sekiranya mereka sakit.
                   Selain itu, kita hendaklah menegur rakan yang melakukan kesalahan dengan sengaja atau
              tidak sengaja secara berhemah. Teguran sebegini haruslah diterima dengan hati yang terbuka
              oleh rakan. Seterusnya, kita hendaklah menghormati rakan dengan menjaga air	muka mereka
              di hadapan orang lain. Kita mestilah menghindari perbuatan yang boleh menyakiti hati rakan,
              seperti gurauan yang keterlaluan sehingga menyinggung perasaan mereka.
                   Kesimpulannya,  amalan  menjaga  tatasusila  dalam  hubungan  persahabatan  dapat
              menerbitkan perasaan kasih sayang dan sikap saling menghormati antara satu dengan yang
              lain.



                                                                    Kamus

               berhemah	– berbudi pekerti                     air	muka	– rupa atau wajah yang
               tatasusila	– adab sopan dan budi pekerti yang   menggambarkan perasaan seseorang
               baik







                                                                                                   67






      BAHAGIAN B.indd   67                                                                           11/10/16   4:30 PM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32