Page 31 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 31

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                          19
                 Model Lestari UPSR                 Pantun Nasihat
                                   UPSR
              Puisi di bawah ini merupakan pantun nasihat.
              Tulis ulasan tentang peranan pantun kepada manusia dalam bentuk perenggan.




                                                    PANTUN	NASIHAT

                                            Sungguh segar ikan kembung,
                                               Dijual di pasar oleh Pak Aki;
                                            Jangan suka bercakap bohong,
                                               Kelak diri akan dibenci.

                                            Kebaya nyonya terkenal di Melaka,
                                               Molek dipakai si dara sunti;
                                            Buat baik berpada-pada,
                                               Buat jahat jangan sekali.
                                            Enak sungguh kuih keria,
                                               Dimakan bersama sama kuih pelita;
                                            Jadilah insan berhati mulia,
                                               Baik hati dan berbudi bahasa.




                 M  odel  J awapan
                 Model Jawapan


              Penggunaan pantun dalam kalangan masyarakat ibarat tak	lapuk	dek	hujan	tak	lekang	dek	panas.
              Buktinya pantun masih digunakan sehingga kini. Pantun digunakan untuk menyampaikan hajat,
              pesanan, nasihat, sindiran, dan teguran. Banyak nilai murni yang terdapat dalam pantun seperti
              mendidik anak-anak supaya tidak bercakap bohong kerana diri akan dibenci oleh masyarakat.
                   Selain itu, pantun juga mendidik kita supaya sentiasa berbuat baik kepada orang lain dan
              jangan sekali-kali berbuat jahat. Hal ini demikian kerana, perbuatan jahat hanya akan merugikan
              diri sendiri. Pantun juga mendidik kita supaya menjadi insan yang berhati mulia, baik hati, dan
              berbudi bahasa. Individu yang memiliki sikap positif ini akan disenangi oleh semua orang.
                   Kesimpulannya,  nilai-nilai  murni  yang  terdapat  dalam  pantun  haruslah  dipelajari  dan
              dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dalam usaha untuk melahirkan insan yang cemerlang.


                                                                    Kamus

               hajat – keinginan; kehendak
                                                               tak	lapuk	dek	hujan	tak	lekang	dek	panas –
                                                               sesuatu yang utuh







                                                                                                   71






      BAHAGIAN B.indd   71                                                                           11/10/16   4:30 PM
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36