Page 80 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 80

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
                    2  Antara syarat-syaratnya ialah:
                       (a)  Belanda dan Indonesia bersetuju mengundurkan tenteranya.
                       (b)  Kebebasan kepada rakyat Indonesia memilih sistem kerajaan yang
                           melalui pilihan raya bebas sama ada sistem Republik Indonesia atau
                           sistem Persekutuan yang dicadangkan oleh Belanda.
                       (c)  Belanda berkuasa sehingga terbentuknya Kesatuan Negeri-negeri
                           Indonesia.

                    3  Perjanjian Renville gagal menyelesaikan perselisihan antara Belanda dengan
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                       Indonesia. Para nasionalis Indonesia menuduh Belanda cuba menyekat
                       perkembangan bandar dan pelabuhan Republik Indonesia manakala Belanda
                       mendakwa Republik Indonesia dikuasai oleh golongan komunis.
                    4  Belanda sekali lagi mengenakan tindakan militan, iaitu “tindakan
                       polis” dan pemimpin nasionalis seperti Soekarno, Hatta, dan Syahrir
                       ditangkap. Walaupun tanpa pemimpin utama, perjuangan kemerdekaan
                       masih diteruskan. Menteri Kewangan, Syafruddin Prawiranegara telah
                       menubuhkan Pemerintahan Darurat Republik Indonesia dan Sumatera. Beliau
                       berjaya menyeru rakyat melancarkan dasar tidak bekerjasama dengan   Foto 3.7  Syafruddin
                                                                                          Prawiranegara
                       Belanda.
                   Perjanjian Hague 1949

                    1  Belanda dikecam hebat oleh dunia luar. Akhirnya Soekarno, Hatta,
                       dan pemimpin-pemimpin lain dibebaskan. Oleh sebab tidak ingin    Perselisihan dan
                                                                                   pemberontakan masih
                       peperangan berterusan maka  Perjanjian Hague ditandatangani pada    berterusan. Republik
                       2 November 1949.                                            Indonesia menuduh negara-
                                                                                   negara Persekutuan terlalu
                    2  Belanda terpaksa mematuhi desakan kuasa luar untuk mengadakan   memihak kepada Belanda.
                       Rundingan Meja Bundar di Hague atas sebab berikut:          Pemberontakan berlaku di
                       (a)  Belanda tidak inginkan perang kerana kerajaannya tidak mempunyai   Bandung, Sulawesi, dan
                           tenaga perang untuk menakluki Indonesia secara kekerasan.  Jawa Barat. Indonesia hanya
                                                                                   mencapai status negara
                       (b)  Belanda ingin melindungi kepentingan ekonominya di Indonesia. Jika   merdeka dan berdaulat apabila
                           berlakunya perang, semua kegiatan ekonomi akan musnah.  Republik Indonesia dibubarkan.
                       (c)  Belanda tidak ingin negaranya tersingkir daripada hubungan diplomatik   Penubuhan Negara Kesatuan
                                                                                   Republik Indonesia pada
                           antarabangsa kerana soal kemerdekaan Indonesia memperlihatkan   17 Ogos 1950 menandakan
                           penglibatan kuasa luar terutama Amerika Syarikat. Belanda masih   negara Indonesia yang
                           bergantung kepada Amerika Syarikat untuk kegiatan perdagangannya.  berdaulat.
                       (d)  Antara syarat-syarat Perjanjian Hague 2 November 1949 ialah:
                           (i)   Belanda bersetuju melepaskan penguasaannya ke atas Hindia
                               Timur Belanda tanpa syarat kepada Republik Indonesia Syarikat
                               sebelum 30 Disember 1949.
                           (ii)  Republik Indonesia Syarikat akan merangkumi 16 buah negeri.
                           (iii)  Penubuhan  satu  Kesatuan  Belanda-Indonesia  yang  bercorak
                               rundingan.                                                                      BAB
                           (iv)  Kerajaan Republik akan menyerahkan hak, konsesi dan lesen                    3
                               kepada Belanda.


                   Ke arah Kemerdekaan Mutlak
                    1  Belanda  menyerahkan  kuasa  kepada  Republik  Indonesia  Syarikat  pada
                       27 Disember 1949. Ini bermakna Indonesia mencapai status negara merdeka
                       dan berdaulat yang bebas daripada penjajahan Belanda.




                                                                                                        381





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   381                                                           28/10/2021   4:04 PM
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85