Page 75 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 75
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
(d) Tentera Kemerdekaan Myanmar kemudiannya menjadi asas penubuhan
Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (Anti Fascist People’s Freedom
League) pada tahun 1944.
(e) LPRAF menentang Jepun melalui sabotaj serta gerakan bawah tanah
dengan harapan dapat menubuhkan kerajaan negara Myanmar yang
berdaulat.
(f) Mulai bulan Mac 1945, LPRAF memihak kepada British dan menentang
Jepun secara terbuka. LPRAF memihak kepada British dengan penuh
keazaman bahawa British akan mengisytiharkan kemerdekaan secepat
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
mungkin selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
‘17 D Perjuangan Kemerdekaan Myanmar Selepas Perang Dunia Kedua
1 Pembentukan kerajaan baharu
(a) Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua menggambarkan senario
baharu dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Myanmar. Bagi
Huraikan langkah-langkah Myanmar, golongan Thakin masih memainkan peranan utama dalam
kemerdekaan Myanmar.
perjuangan tersebut. Mereka menuntut hak kebebasan dan kedaulatan
negara dipulihkan secara aman dan berperlembagaan.
(b) Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. British kembali semula
ke Myanmar. Didapati bahawa orang Myanmar tidak menentang
kehadiran semula British. Gabenor British, Sir Hubert Rance telah
mengadakan rundingan dengan pihak nasionalis Myanmar. Rance
mencadangkan bahawa Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis diberikan
perwakilan minoriti dalam Dewan Eksekutif. Cadangan ini ditolak oleh
Aung San dan LPRAF melancarkan satu mogok kebangsaan.
(c) Mogok tersebut bertujuan untuk memaksa British tunduk kepada
tuntutan Myanmar. Sir Hubert Rance terpaksa mengadakan rundingan
dengan Aung San. LPRAF diberikan perwakilan yang lebih dalam
Dewan Eksekutif, iaitu sebanyak 6 daripada 9 kerusi. Kerajaan baharu
dibentuk dan Aung San dilantik sebagai Perdana Menteri. British mula
mengakui peranan LPRAF.
(d) Akan tetapi, Aung San menghadapi banyak masalah dalam negara.
Pihak komunis meminta perwakilan yang lebih besar dalam kerajaan
Aung San menyingkirkan baharu tetapi Aung San menolaknya. Aung San telah bertindak
anasir komunis dari LPRAF menyingkirkan anasir komunis daripada partinya. Keadaan ini
supaya LPRAF mudah diterima
oleh kerajaan British dan mengakibatkan penyingkiran Than Thon dan beberapa orang ahli
mempercepatkan proses komunis yang memegang jawatan penting dalam parti dan kesatuan
kemerdekaan. buruh.
2 Perjanjian Atlee-Aung-San 1946
(a) Pada 20 Disember, 1946, Perdana Menteri British, Atlee telah
mengemukakan dasar baharu bagi Myanmar di Dewan Rakyat (House
BAB of Commons).
3 (b) Nasionalis Myanmar dijemput ke London untuk membincangkan
perlembagaan yang akan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada
rakyat Myanmar.
(c) Satu delegasi Myanmar yang terdiri daripada Aung San, Thakin Mya,
Tin Tu, U Saw, Ba Sein, dan Kyaw Nyein telah pergi ke London pada
bulan Januari 1947.
(d) Rundingan ini membawa kepada Perjanjian Atlee-Aung San. Antara
perkara yang dipersetujui adalah seperti:
376
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 376 28/10/2021 4:04 PM

