Page 77 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 77
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
(b) Peristiwa tembakan ini mengakibatkan beberapa orang pemimpin
terkorban.
(c) Antaranya ialah Aung San, Thakin Mya, Ba Win, Mahn Ba Khaing, Ba
Choe, Sawbwa, dan A. Razak.
(d) Selepas siasatan, didapati bahawa U Saw yang merancang peristiwa
hitam tersebut. Beliau dibicarakan dan dihukum mati.
6 Pencapaian kemerdekaan
(a) Perjuangan kemerdekaan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin LPRAF
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
yang lain di bawah pimpinan U Nu.
(b) Langkah perjuangan kemerdekaan seterusnya adalah seperti berikut:
Tarikh Peristiwa
1 Ogos 1947 Pelantikan U Nu sebagai Perdana Menteri.
September 1947 Dewan Perhimpunan Perlembagaan memutuskan
untuk menyokong kemerdekaan penuh bagi Myanmar.
Oktober 1947 • U Nu berunding dengan pemimpin British di London
• Perjanjian Anglo-Myanmar ditandatangani.
• British mengakui Republik Myanmar yang merdeka
pada 17 Oktober 1947.
• British mengakui kedaulatan penuh Myanmar.
Disember 1947 • Parlimen British meluluskan Rang Undang-undang
Kemerdekaan Myanmar.
• Menyerahkan Myanmar kepada Presiden Kesatuan
Myanmar.
Januari 1948 • Myanmar mencapai kemerdekaan penuh.
• U Nu dilantik sebagai Perdana Menteri.
• Sao Shwe Thaik dilantik sebagai Presiden.
(c) Akhirnya, Myanmar mencapai kemerdekaan setelah berada di bawah
penjajahan British (sejak tahun 1824 melalui Perjanjian Yandabo).
(d) Myanmar berjaya mencapai kemerdekaan secara perlembagaan, tanpa
pertumpahan darah ataupun revolusi.
Langkah-langkah Mencapai Kemerdekaan di Indonesia
1 Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah berusaha
melindungi kepentingan masyarakat peribumi dan membangkitkan semangat
nasionalisme melalui penubuhan pertubuhan dan parti politik.
2 Semasa Perang Dunia Kedua, para nasionalis seperti Soekarno, Hatta, dan
Syahrir telah berganding bahu berjuang mengusir Jepun dan Belanda dari
BAB bumi Indonesia.
3 3 Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia dan menubuhkan
Republik Indonesia sebelum Belanda bertapak semula ke Indonesia selepas
Perang Dunia Kedua.
4 Belanda enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut, lalu terdapat penentangan
dan bantahan di kedua-dua pihak sehingga membawa kepada campur
tangan kuasa luar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya
mencapai kemerdekaan selepas mengangkat senjata atau selepas melancarkan
revolusi.
378
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 378 28/10/2021 4:04 PM

