Page 81 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 81

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
                                           2  Pada 27 Disember 1949, Ratu Juliana menyerahkan kedaulatan kepada
                                              Kesatuan Negeri-negeri Indonesia.
                                           3  Soekarno dilantik sebagai Presiden dan Hatta sebagai Perdana Menteri bagi
                                              Republik Indonesia yang merdeka.

                                         Kesimpulan
                                           1  Indonesia berjaya mencapai kemerdekaannya selepas satu siri pemberontakan
                                              dan peperangan dengan Belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                              kembali semula ke Indonesia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
                   Foto 3.8  Ratu Juliana    2  Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27
                                              Disember 1949 setelah pihak Belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan
                                              masalah mereka di Indoensia.
                                           3  Bagi Myanmar, perjuangannya ke arah kemerdekaan lebih aman daripada
                                              apa yang berlaku di Indonesia. Myanmar mencapai kemerdekaannya secara
                                              perlembagaan.






                 1  Kemunculan gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar disebabkan pelbagai faktor seperti pengaruh
                   agama, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, peranan pendidikan, peranan
                   golongan intelektual, dan pengaruh luar.
                 2  Pertubuhan yang mendukung gerakan nasionalisme di Indonesia adalah seperti Sarekat Islam, sebuah
                   parti berunsur agama dan Partai Nasional Indonesia, sebuah parti berunsur radikal. Di Myanmar pula,
                   Young Men Buddhist Association  (YMBA)  merupakan  salah  satu  pertubuhan  awal  dalam  perjuangan
                   gerakan nasionalisme manakala Poor Man’s Party yang dibentuk oleh Dr. Ba Maw mendukung cita-cita
                   gerakan kemerdekaan.
                 3  Pendudukan  Jepun  di  Indonesia  dan  Myanmar  membantu  menggerakkan  perjuangan  mencapai
                   kemerdekaan. Zaman ini dapat menyedarkan penduduk peribumi Indonesia dan Myanmar betapa
                   pentingnya perjuangan untuk memulihkan kedaulatan negara.
                 4  Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Belanda kembali semula ke Indonesia dan British ke Myanmar. Di
                   kedua-dua negara, terdapat penentangan terhadap pihak penjajah. Indonesia menentang Belanda secara
                   bersenjata manakala Myanmar bersikap bertolak ansur dalam perjuangan secara berperlembagaan.

                 5  Myanmar  mencapai  kemerdekaan  pada  tahun  1948  secara  aman  dan  berperlembagaan.  Indonesia
                   mencapai kemerdekaan pada tahun 1949 selepas penentangan, peperangan, dan pemberontakan berlaku
                   dengan pihak Belanda.




           BAB     PRAKTIS STPM
          3

                 1  Huraikan  peranan  Aung  San  dan  Soekarno  dalam  perjuangan  gerakan  kebangsaan  di  negara  masing-
                    masing.                                                                         [20]
                 2  Bincangkan sebab penubuhan dan matlamat Sarekat Islam di Indonesia pada abad ke-20.   [20]
                 3  Bincangkan kesan pendudukan Jepun di Indonesia.                                 [20]
                 4  Nilaikan penentangan rakyat terhadap penjajah di Myanmar selepas zaman pendudukan Jepun.   [20]




              382





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   382                                                           28/10/2021   4:04 PM
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86