Page 79 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 79
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
3 Walau bagaimanapun, Syahrir mengumumkan bahawa tuntutan dasar
kerajaan republik ialah pengiktirafan Belanda. Belanda enggan berbuat
demikian dan tetap dengan pendirian mengenakan kawalan terhadap pulau-
pulau Indonesia. Percubaan Belanda ini menyebabkan penentangan dan
pertumpahan darah sehingga berlaku Revolusi Kemerdekaan Indonesia
(1945 – 1949).
4 Pada tahun 1946, kerajaan Belanda mengesyorkan pembentukan sebuah
Komanwel Indonesia. Komanwel ini terdiri daripada wilayah-wilayah
dengan kerajaannya sendiri. Sebuah parlimen yang dipilih akan mengawal
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
hal-ehwal kerajaan. Kerajaan Komanwel ini akan diketuai oleh wakil Belanda.
Komanwel Indonesia akan menjadi sebahagian daripada kerajaan Belanda.
5 Sebuah rombongan kerajaan republik yang diketuai oleh Syahrir telah
dihantar ke Hague untuk membincangkan syor-syor tersebut. Rombongan
ini tidak berjaya kerana orang Indonesia hanya ingin membincangkan isu
pengiktirafan Republik sebagai sebuah negara yang berdaulat dan bukannya
isu-isu lain.
6 Pada bulan Jun 1946, Syahrir dan beberapa ahli kabinetnya diculik
oleh komunis di bawah Tan Malaka. Rancangan tersebut merupakan
percubaan komunis untuk merampas kuasa. Soekarno dengan segeranya
Foto 3.6 Tan Malaka mengisytiharkan darurat. Syahrir dan rakan-rakannya dibebaskan dua hari
kemudian.
Perjanjian Linggajati 1946
Melalui Persidangan Den Pasar 1 Sementara itu, kuasa Barat yang lain seperti British mengkritik tindakan
di Bali pada 18 Disember 1946,
Dr. Van Mook telah berjaya Belanda di Indonesia. Tentera British bersedia berundur dari Jawa. Belanda
membentuk sebuah kerajaan kurang senang dan terpaksa menyelesaikan krisis Indonesia di meja
boneka, iaitu Negara Indonesia perundingan.
Timur yang dikawal oleh 2 Akhirnya, perundingan antara kedua-dua pihak berlangsung di Linggajati
beliau. Tindakan ini dibantah
oleh nasionalis Indonesia antara bulan Oktober dan November 1946. Menurut perjanjian tersebut:
kerana dengan jelas, Belanda (a) Pihak Belanda mengiktiraf republik itu sebagai kuasa pemerintah di
berhasrat membentuk Kuasa Pulau Jawa, Madura, dan Sumatera.
Tertinggi Belanda di seluruh (b) Persekutuan yang dinamakan Kesatuan Negeri-negeri Indonesia akan
Indonesia. Belanda enggan dibentuk.
melepaskan Indonesia.
(c) Kesatuan Negeri-negeri Indonesia merupakan sebahagian daripada
Kesatuan Belnada-Indonesia dan Ratu Belanda menjadi ketua kesatuan ini.
(d) Kesatuan Negeri-negeri Indonesia akan memohon menyertai
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
(e) Sebarang perselisihan akan diselesaikan secara aman dan adil.
3 Perjanjian Linggajati bukan sahaja gagal tetapi juga ditentang oleh pihak
tertentu seperti PNI, MASJUMI, dan ahli-ahli komunis. Kerajaan republik
tidak dapat menerimanya memandangkan Belanda telah mengumumkan
bahawa sehingga Kesatuan Negeri-negeri Indonesia dibentuk, maka kerajaan
BAB Belanda menjadi kuasa agung di seluruh Indonesia.
3
Perjanjian Renville 1948
1 Melihat keadaan huru-hara di Indonesia, Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu atas desakan India dan Australia mengeluarkan satu perintah
gencatan senjata. Satu jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil
Australia, Belgium, dan Amerika Syarikat dibentuk untuk menyelesaikan
masalah itu. Hasilnya Perjanjian Renville ditandatangani pada bulan Januari
1948.
380
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 380 28/10/2021 4:04 PM

