Page 78 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 78
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
A Perjuangan Kemerdekaan Semasa Perang Dunia Kedua
1 Para nasionalis Indonesia menyokong kedatangan Jepun demi mencapai
kemerdekaan. Jepun telah mengusir Belanda dan memerintah Indonesia
pada tahun 1942 – 1945.
2 Terdapat tiga unit pentadbiran, iaitu Sumatera, Jawa, dan Indonesia Timur.
Jepun mengekalkan sistem pentadbiran asas Belanda dan memerintah
Indonesia melalui golongan priyayi (elit).
3 Pentadbiran Jepun memperlihatkan berlakunya inflasi, penindasan,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kebuluran, dan penderitaan rakyat.
4 Pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui:
(a) Kejayaannya mengalahkan Belanda.
(b) Membebaskan nasionalis Indonesia yang telah dipenjarakan oleh
Belanda.
(c) Jawatan pentadbiran diberikan kepada rakyat tempatan.
(d) Penubuhan PUTERA pada Mac 1943 di mana Soekarno menjadi
pengerusi.
(i) Melalui PUTERA, Soekarno cuba mendapatkan sokongan rakyat
tempatan.
(ii) Soekarno menggunakan PUTERA untuk meningkatkan kesedaran
politik dalam kalangan penduduk Indonesia dan mengukuhkan
keazaman untuk mencapai kemerdekaan.
(e) Penubuhan PETA dipimpin oleh pegawai Indonesia dan menerima
latihan tentera dari pihak Jepun. PETA bertujuan mempertahankan
Indonesia dari serangan kuasa Barat. PETA membangkitkan semangat
antipenjajah melalui:
(i) Penubuhan MASJUMI untuk menyebarkan perasaan anti-Belanda
melalui agama.
(ii) Menjanjikan kemerdekaan. Jawatankuasa Persediaan Kemerdekaan
dibentuk. Pengerusinya ialah Soekarno.
5 Soekarno membentuk Pancasila dengan lima prinsip, iaitu nasionalisme,
internalisme, kerajaan yang mewakili rakyat, kemakmuran sosial, dan
kepercayaan kepada Tuhan.
6 Apabila nasionalis Indonesia mendapati bahawa Jepun tidak berniat
ingin memberi kemerdekaan, mereka menentangnya melalui gerakan bawah
tanah. Terdapat empat kumpulan gerakan bawah tanah iaitu:
(a) Gerakan bawah tanah pimpinan Amir Syarifudin.
(b) Gerakan bawah tanah pimpinan Sutan Syahrir.
(c) Gerakan bawah tanah anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Jakarta.
(d) Gerakan bawah tanah pimpinan Soekarno.
B Perjuangan Kemerdekaan Selepas Kembalinya Kuasa Belanda
BAB
1 Dua hari selepas Jepun menyerah kalah kepada Kuasa-kuasa Berikat,
Soekarno dan Hatta telah mengumumkan kemerdekaan Republik Indonesia, 3
iaitu pada 17 Ogos 1945. Soekarno dilantik sebagai Presiden manakala Hatta
sebagai Timbalan Presiden. Republik baharu ini telah menguasai sebahagian
besar Indonesia apabila Belanda kembali semula.
2 Belanda enggan mengiktiraf kerajaan baharu Soekarno yang merdeka itu.
Belanda ingin berkuasa semula. Belanda melantik Syahrir, seorang ahli
sederhana sebagai ketua kerajaan republik itu. Rundingan bermula antara
kabinet Syahrir dengan kerajaan Belanda.
379
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 379 28/10/2021 4:04 PM

