Page 29 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 29
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Petikan di atas menyatakan maklumat tentang slogan "Rumahku, Syurgaku" dan
kepentingannya terhadap institusi keluarga.
Pada pendapat anda, mengapakah slogan ini penting dijayakan oleh institusi
keluarga di negara kita?
Rangka Karangan
Pendahuluan: ungkapan yang berbunyi “rumahku, syurgaku” – rumah berfungsi untuk membina
kebahagiaan dan keseronokan kepada anak-anak – realitinya, bilangan rumah yang benar-benar menjadi
syurga kepada anak-anak dapat dibilang dengan jari
Isi 1: ibu bapa semakin sibuk dengan kerjaya – anak-anak dibiarkan tinggal bersama dengan pengasuh
atau dengan pembantu rumah – hubungan antara anak dengan ibu bapa menjadi renggang
Isi 2: “rumahku, syurgaku” penting sebagai asas membina kebahagiaan dalam sesebuah institusi
kekeluargaan – anak-anak daripada keluarga bahagia berpotensi besar untuk mencapai kejayaan
dalam hidup.
Isi 3: slogan “rumahku, syurgaku” penting dijayakan kerana cabaran hidup remaja – berhadapan dengan
tekanan – sifat prihatin dan penyayang ibu bapa dapat memberikan kekuatan kepada remaja untuk
menghadapi cabaran
Isi 4: anak-anak perlu memiliki keterampilan dan ilmu pengetahuan yang luas – ibu bapa merupakan
insan yang terhampir dan berpengaruh untuk menyuntik kesedaran – ibu bapalah yang berjaya
dalam membina kebahagiaan rumah tangga sudah tentu dapat menyedarkan anak-anak tentang
kepentingan pendidikan
Penutup: ibu bapa haruslah mengembalikan institusi keluarga sebagai pembina kebahagiaan dan
keseronokan – dapat melahirkan generasi yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek,
dan sahsiah
Karangan Mantap
Kita sering mendengar ungkapan yang berbunyi “rumahku, syurgaku”. Ungkapan ini
bermaksud, rumah bukan sekadar menjadi tempat berlindung daripada panas dan hujan
tetapi lebih penting daripada itu, rumah berfungsi untuk membina kebahagiaan dan
keseronokan bagi anak-anak. Namun demikian, sejak sekian lama ungkapan ini dicanang-
canangkan, ungkapan tersebut sekadar menjadi halwa telinga kerana realitinya bilangan
rumah yang benar-benar menjadi syurga kepada anak-anak dapat dibilang dengan jari.
Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk melakukan muhasabah diri tentang rumah yang
didiami oleh mereka menjadi syurga bagi anak-anak. Yang lebih penting lagi, ibu bapa
perlu sedar tentang peri mustahaknya mereka merealisasikan slogan ini dalam keluarga
mereka.
Pada masa ini, kita dapat melihat ibu bapa semakin sibuk dengan kerjaya masing-
masing. Natijahnya, anak-anak dibiarkan tinggal bersama dengan pengasuh atau pembantu
rumah. Apabila keadaan ini berlaku, hubungan antara anak dengan ibu bapa menjadi
renggang. Malahan, selepas pulang daripada bekerja dan kepenatan, ibu bapa tidak
321

