Page 24 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 24

Bahasa Melayu  SPM  Bab 11  Peribahasa  /  Cogan Kata
               bahawa terdapat khazanah ilmu tersebut yang menyekat kemajuan masyarakat seperti yang
               terdapat dalam peribahasa “rezeki kalau secupak takkan jadi segantang”.

                    Sebelum kita membuat dakwaan sama ada peribahasa ini mengundang  konotasi
               yang negatif, ada baiknya kita mengkaji maksud peribahasa ini. Berdasarkan maksud yang
               dipersetujui oleh masyarakat, peribahasa ini bermaksud jika rezeki kita ditentukan dalam
               kadar tertentu, maka kadar tersebut tidak akan bertambah walaupun pelbagai usaha kita
               lakukan untuk menambahkan kadarnya. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tidak
               adil jika kita mengatakan bahawa peribahasa ini menyekat kemajuan masyarakat. Hal ini
               demikian kerana, peribahasa ini bersifat memujuk masyarakat agar bersikap terbuka dan
               tenang hati serta reda akan ketentuan Tuhan apabila usaha mereka menambahkan rezeki
               tidak berjaya. Dalam perkataan lain, peribahasa ini umpama penawar kepada masyarakat agar
               tidak kecewa atau berputus asa apabila usaha mereka untuk melipatgandakan pendapatan
               tidak kesampaian. Jelas sekali, peribahasa ini mendidik masyarakat agar mensyukuri rezeki
               yang dikurniakan oleh Tuhan kerana kesyukuran tersebut dapat menghilangkan perasaan
               keluh kesah dan kecewa masyarakat.

                    Peribahasa ini tidak langsung menyekat masyarakat untuk bekerja keras dalam hidup.
               Hal ini demikian kerana, kita tidak mengetahui jumlah rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan
               kepada kita. Jika kita tidak berusaha sudah tentu rezeki tidak akan datang. Hal ini dapat
               dilihat menerusi peribahasa yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang
               melayang. Namun begitu, jika kita berusaha sudah tentu akan ada rezeki dan ganjaran
               yang akan kita peroleh. Oleh itu, kita perlu berusaha bagi mendapatkan rezeki tersebut.
               Sehingga satu tahap, rezeki yang kita peroleh sudah mencukupi dan kita berusaha lagi
               untuk menambahkan rezeki tersebut. Pada ketika ini, adakalanya usaha kita membuahkan
               hasil tetapi ada ketikanya usaha kita tidak berjaya. Apa-apa pun yang kita peroleh, kita
               sekurang-kurangnya sudah berusaha untuk meningkatkan reseki kita. Sebagai analoginya,
               peserta lompat tinggi dalam satu kejohanan sukan. Pelompat tersebut sudah berjaya melepasi
               beberapa meter dan dia telah diisytiharkan sebagai pemenang. Maka, dia akan meneruskan
               lompatan lagi bagi mencipta rekod baharu. Jika dia berjaya dalam lompatan tersebut, maka
               akan terciptalah rekod baharu. Sebaliknya, jika gagal, sekurang-kurangnya dia sudah mencuba
               untuk melakukan lompatan.

                    Secara positifnya, peribahasa ini membina tautan kita kepada Tuhan yang memberikan
               rezeki. Hal ini secara langsung menyedarkan kita bahawa urusan rezeki ialah urusan Tuhan.
               Namun begitu, kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dan berdoa semata-mata menunggu
               rezeki turun dari langit kerana para nabi pun bekerja untuk memperoleh rezeki. Oleh sebab
               rezeki urusan Tuhan, maka kita haruslah berusaha sebagaimana yang dianjurkan oleh agama.
               Dalam satu hadis, Nabi bersabda “hendaklah kamu bekerja seolah-olah kamu akan hidup
               selama-lamanya dan hendaklah kamu beribadat seolah-olah kamu akan mati esok hari”. Hadis
               ini jelas menunjukkan agar kita berusaha sehabis daya untuk mencari rezeki. Di samping



               316
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29