Page 26 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 26

Bahasa Melayu  SPM  Bab 11  Peribahasa  /  Cogan Kata

                MODEL
                                 Ilmu Pelita Hidup
                       99                                                   Domain Pendidikan




                  Peribahasa “ilmu pelita hidup” menekankan kepentingan ilmu pengetahuan kepada
                  setiap individu agar dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Dalam hal ini, ibu bapa
                  mempunyai peranan untuk mendidik anak-anak agar mencintai ilmu pengetahuan.
                                                                            Sumber: Internet

               Petikan di atas menyatakan rasional peribahasa "ilmu pelita hidup" dan peranan
               ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang berilmu.
               Jelaskan peranan ibu bapa dalam melahirkan anak-anak yang mencintai ilmu
               pengetahuan.

                 Rangka Karangan

                 Pendahuluan:  ilmu  perkara  yang paling  penting  dalam  menjalani  hidup  yang sempurna  – selain
                 menjurus kepada pelajaran, ilmu juga berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang pelbagai
                 bidang kehidupan – seseorang yang berjaya tidak semestinya berpelajaran tinggi tetapi berilmu untuk
                 menjalani hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan – ibu bapa perlu menanam semangat cinta
                 akan ilmu kepada anak-anak
                 Isi 1:  ibu bapa mestilah menjadi suri teladan – contoh terdekat bagi anak-anak – harus menunjukkan
                      teladan yang baik – antaranya membaca surat khabar setiap hari dan membaca bahan bacaan lain
                      beberapa kali dalam sebulan – menjadi ikutan anak-anak – bagaimana acuan begitulah kuihnya
                 Isi 2:  ibu bapa tidak lokek mengeluarkan belanja untuk menimba ilmu pengetahuan  –  misalnya,
                      membelikan anak-anak buku yang digemari, peralatan muzik, pemainan, atau alat-alat kemahiran
                      yang lain – mengasah minat dan bakat anak-anak – kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
                      sagunya
                 Isi 3:  ibu bapa membawa anak-anak mengunjungi tempat-tempat dan majlis ilmu – menghabiskan masa
                      lapang dengan membawa anak-anak ke tempat  dan majlis yang dapat melonjakkan peningkatan
                      ilmu anak-anak – antara lokasi tersebut ialah perpustakaan, pameran, karnival, dan ekspo yang
                      berkaitan dengan pelajaran anak-anak
                 Isi 4:  ibu bapa memberi dorongan dan perangsang kepada anak-anak dalam pembelajaran – menghantar
                      anak yang meminati bidang tertentu ke institusi pendidikan yang berkaitan – misalnya, memasukkan
                      anak yang berminat dan berpotensi dalam bidang sukan ke sekolah sukan dan sebagainya – dapat
                      membina dan mengembangkan bakat anak-anak – belakang parang pun jikalau diasah nescaya
                      tajam
                 Isi 5:  ibu bapa membelikan  anak-anak hadiah yang menggalakkan  anak-anak mencintai ilmu –
                      umpamanya, menghadiahkan buku atau benda  yang dapat menggalakkan aktiviti pembelajaran
                      anak – ketika meraikan majlis hari jadi anak-anak, ketika anak-anak memperoleh keputusan yang
                      cemerlang dalam pelajaran, dan sebagainya – sebagai ganjaran dan dorongan untuk anak-anak
                      terus melakar kejayaan dan mencintai ilmu
                 Penutup:  ibu bapa mempunyai peluang yang tinggi untuk menggalakkan anak-anak mencintai ilmu –
                 meskipun kebanyakan ibu bapa kini sibuk dengan tanggungjawab untuk mencari rezeki bagi menanggung
                 anak-anak, mereka tidak seharusnya mengabaikan peranan untuk mendidik anak-anak agar mencintai ilmu


               318
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31