Page 25 - Sukses Model Karangan 2022 SPM
P. 25

Bahasa Melayu  SPM  Bab 11  Peribahasa  /  Cogan Kata
                  itu, bagi menjamin rezeki yang berkat, kita haruslah memastikan sumber rezeki yang kita
                  peroleh itu melalui cara yang halal. Oleh itu, penipuan, penyelewengan, dan rasuah harus
                  dielakkan kerana hal ini akan menjadikan sumber rezeki kita tidak berkat. Malahan, kita
                  digalakkan agar menggunakan rezeki yang kita peroleh itu di jalan yang berfaedah seperti
                  mendermakan wang kepada anak yatim atau membantu golongan yang kurang bernasib
                  baik. Apabila perkara ini kita lakukan, nescaya rezeki yang kita peroleh akan melimpah ruah
                  kerana Tuhan sebagai pemberi rezeki memberkati usaha yang kita lakukan.

                       Di samping itu, peribahasa ini merupakan cabaran kepada masyarakat agar
                  membuktikan bahawa rezeki kalau secupak dapat jadi segantang. Hal ini demikian kerana,
                  secara tersiratnya peribahasa ini menggesa masyarakat agar berfikiran lebih kritis dan
                  kreatif untuk menafikan pemikiran yang terdapat dalam peribahasa ini. Kita melihat bahawa
                  pada hari ini, semakin banyak usahawan kita yang berjaya dengan bermula secara kecil-
                  kecilan. Sebagai contohnya, tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
                  bermula dengan perniagaan daging. Beliau yang tidak memiliki latar belakang pendidikan
                  tinggi telah membuktikan kejayaannya dengan mengusahakan pelbagai jenis perniagaan
                  sehingga dinobatkan sebagai antara korporat terkaya di negara kita. Demikian juga yang
                  dilakukan oleh ikon penerbangan tambang murah Air Asia, Tan Sri Tony Fernandez yang
                  bermula secara kecil-kecilan dalam industri penerbangan. Kejayaan kedua-dua orang tokoh
                  perniagaan ini merupakan hasil usaha mereka yang cuba menafikan pemikiran dalam
                  peribahasa rezeki kalau secupak takkan jadi segantang. Mereka telah berjaya membuktikan
                  bahawa rezeki secupak memang dapat jadi segantang jika kita berusaha dengan gigih
                  untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

                       Kesimpulannya, peribahasa rezeki kalau secupak   Sudut Kata
                  takkan jadi segantang tidak harus dijadikan alasan untuk
                  menyekat  kemajuan  masyarakat  kita.  Hal  ini  demikian   •	konotasi:	idea	yang
                                                                        dimaksudkan	oleh	sesuatu
                  kerana, dalam peribahasa tersebut  terkandung pelbagai   kata	selain	maknanya	yang
                  mesej baik  tersurat mahupun tersirat yang menggesa   tersurat
                  masyarakat agar melipatgandakan usaha untuk mencapai   •	analogi:	perbandingan
                  kejayaan. Dengan itu, singsinglah lengan dan oraklah   •	melimpah ruah:	banyak
                                                                       •	tersirat:	tersembunyi
                  langkah untuk membina kejayaan berasaskan rezeki kalau   •	ikon:	contoh	ikutan
                  secupak memang dapat jadi segantang.                 •	tersurat:	tertulis



                  Koridor Peribahasa

                   •	buah fikiran:	pendapat
                   •	yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang:	rezeki	perlu	diusahakan
                     dan	tidak	datang	dengan	sendiri
                   •	berpeluk tubuh:	tidak	berbuat	apa-apa





                                                                                            317
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30