Page 10 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Biologi
P. 10

Biologi SPM  Bab 5 Metabolisme dan Enzim
              2.  Sesetengah  enzim dinamakan sebelum proses penamaan enzim moden dibentuk.
                 Sebagai contoh pepsin, renin dan tripsin.
                             Jadual 5.2 Nama enzim yang dikekalkan penggunaannya


                                      Substrat           Enzim
                                       Protein           Pepsin
                                     Kaseinogen           Renin
                                     Polipeptida         Tripsin


                                        SIFAT-SIFAT UMUM ENZIM
               Enzim bersifat  sangat   spesifik kerana mempunyai  tapak aktif  yang sepadan dengan bentuk
               substrat yang dimangkinkan.
      4
               Enzim tidak dimusnahkan oleh tindak balas yang dimangkinkan olehnya. Maka, enzim boleh
               digunakan berulang kali.
               Enzim akan ternyahasli  oleh  suhu yang  tinggi.  Pada  suhu  40°C, enzim  mula  ternyahasli  dan
               pada suhu 60°C, enzim akan ternyahasli sepenuhnya.

               Enzim sensitif terhadap pH. Perubahan  pH boleh mengubah  bentuk tapak aktif  pada enzim.
               Bentuk asal dikembalikan dengan perubahan semula pH.
               Enzim  diperlukan  dalam  kuantiti  yang  sedikit. Satu molekul  enzim yang  sama bertindak
               berulang kali terhadap substrat yang banyak.
               Tindak balas enzim adalah berbalik, iaitu enzim yang sama boleh digunakan untuk menukarkan
               molekul ringkas kepada molekul kompleks dan memecahkan molekul kompleks kepada molekul
               ringkas.
               Aktiviti enzim dapat dipercepat dengan kofaktor.

               Aktiviti enzim boleh diperlahan  atau dihentikan  oleh  perencat.  Contoh-contoh perencat ialah
               logam berat, iaitu besi dan kuprum.
                                      Rajah 5.4 Sifat-sifat umum enzim
            Enzim  Intrasel dan Enzim Ekstrasel        3.  Enzim ekstrasel pula ialah enzim yang
              1.  Terdapat dua jenis enzim, iaitu enzim   dirembes keluar dari sel. Contohnya
                 intrasel dan enzim ekstrasel.            enzim-enzim pencernaan dihasilkan
                                                          oleh pankreas dan diangkut ke
              2.  Enzim intrasel ialah enzim yang         duodenum bagi pencernaan makanan.
                 disintesis di dalam sel untuk kegunaan
                 sel itu sendiri. Contohnya:           4.  Penghasilan  enzim  ekstrasel
                 (a)  enzim-enzim terlibat dengan         melibatkan beberapa komponen sel
                    respirasi dalam mitokondria.          tertentu (Rajah 5.5).
                 (b)  enzim-enzim terlibat dengan
                    fotosintesis dalam kloroplas.






                                                  50





      Bab 5.indd   50                                                                      7/2/21   9:08 PM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15