Page 9 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Biologi
P. 9
Biologi SPM Bab 5 Metabolisme dan Enzim
5.2 Enzim
1. Enzim ialah mangkin organik yang mengawal atur semua tindak balas biokimia dalam
sel hidup.
2. Enzim diperlukan oleh semua tindak balas biokimia untuk membolehkan tindak balas
berlaku dengan cepat.
3. Enzim menurunkan tenaga pengaktifan yang diperlukan untuk tindak balas biokimia
di dalam sel berlaku secara optimum pada suhu badan normal. 4
Tinggi
Tenaga pengaktifan yang
diperlukan dalam tindak
balas tak bermangkin
Tenaga Tenaga pengaktifan
menurun dengan
kehadiran enzim
Rendah Tindak balas yang berlangsung
Rajah 5.2 Tenaga pengaktifan bagi tindak balas biokimia
4. Tanpa enzim, tindak balas biokimia seperti pencernaan makanan, respirasi sel,
sintesis molekul organik, pembahagian sel dan aktiviti-aktiviti lain akan berlaku
dengan sangat perlahan.
Tapak aktif
Substrat
Enzim Kompleks
enzim-substrat
Rajah 5.3 Pembentukan enzim-substrat
Penamaan Enzim
1. Enzim dinamakan dengan menambahkan akhiran ‘-ase’ pada akhir nama substrat.
Contohnya, enzim bagi memangkinkan hidrolisis laktosa ialah laktase dan enzim yang
memangkinkan hidrolisis lipid ialah lipase.
Jadual 5.1 Nama enzim yang berakhir dengan –ase
Substrat Enzim
Lipid Lipase
Maltosa Maltase
Sukrosa Sukrase
Maltosa Maltase
49
Bab 5.indd 49 7/2/21 9:08 PM

