Page 13 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Biologi
P. 13

Biologi SPM  Bab 5 Metabolisme dan Enzim

                           Kepekatan enzim
               •  Apabila   kepekatan   enzim   meningkat,   Titik optimum (kadar maksimum)
                 terdapat lebih  banyak molekul  enzim. Hal ini       Kepekatan substrat 0.2%
                 meningkatkan  peluang  untuk molekul  substrat
                 terikat pada tapak aktif. Kadar tindak balas   Kadar tindak balas
                 akan meningkat.                                      Kepekatan substrat 0.1%
               •  Aktiviti enzim berkadar terus dengan kepekatan
                 enzim  sehingga  tindak  balas  mencapai  kadar
                 maksimum. Hal ini disebabkan  semua tapak
                 aktif enzim telah bergabung dengan substrat.      Kepekatan enzim
               •  Tindak balas menjadi malar kerana kepekatan                                      4
                 substrat menjadi faktor pengehad.          Rajah 5.9 Hubungan antara kadar
                                                        tindak balas enzim dengan kepekatan enzim
                  5.3    Aplikasi Enzim dalam Kehidupan Harian


                1.  Selain  berfungsi  memangkin  tindak     4.  Antara kebaikan teknologi ini ialah:
                   balas biokimia yang berlaku dalam        (a)  Enzim boleh digunakan berulang
                   badan, enzim juga mempunyai banyak          kali dan berterusan
                   fungsi lain yang kita gunakan dalam      (b)  Menjimatkan kos penghasilan
                   kehidupan harian.                           produk industri
                2.  Enzim juga boleh digunakan sebagai      (c)  Meningkatkan rintangan enzim
                   mangkin dalam industri.                     terhadap perubahan faktor
                3.  Penggunaan  teknologi  imobilisasi         seperti pH dan suhu
                   enzim, iaitu teknik yang mengikat        (d)  Enzim mudah diasingkan daripada
                   atau memerangkap  enzim  dalam              hasil
                   bentuk  pepejal  dapat  menjimatkan     5.  Contoh-contoh aplikasi enzim dalam
                   kos dalam industri.                      kehidupan dan industri seperti dalam
                                                            Jadual 5.3.

                             Jadual 5.3 Aplikasi enzim dalam kehidupan harian dan industri
                     Aplikasi          Enzim                      Kegunaan

               Penghasilan jus buah  •  Pektinase   •  Menguraikan pektin dan selulosa yang terdapat
                                   •  Selulase     dalam buah-buahan serta melonggarkan ikatan
                                                   dalam dinding sel.
                                                  •  Kuantiti jus buah yang diperoleh ditingkatkan dan
                                                   kekeruhan dalam jus buah dikurangkan.
               Penghasilan susu    •  Laktase     •  Susu berlaktosa dituang ke dalam turus yang
               bebas laktosa                       mengandungi enzim laktase yang dimobilisasikan.
                                                  •  Laktase menghidrolisiskan laktosa kepada glukosa
                                                   dan galaktosa dalam susu.
                                                  •  Susu ini sesuai bagi individu yang menghadapi
                                                   kesukaran mencernakan laktosa kerana
                                                   kekurangan enzim laktase dalam usus kecil.






                                                    53





      Bab 5.indd   53                                                                      7/2/21   9:08 PM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17