Page 28 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 28

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah

                Rumusan
             BAB
           1     1  Tenaga buruh ialah penduduk negara yang berumur 15 tahun hingga 64 tahun sama ada yang bekerja
                   atau yang menganggur.
                 2  Guna tenaga ialah  tenaga buruh yang bekerja  dan berada  dalam lingkungan  umur 15 tahun hingga
                   64 tahun.
                 3  Pengangguran pula merupakan satu situasi apabila terdapat orang yang sanggup  bekerja tetapi tidak
                   memperoleh pekerjaan.
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                 4  Terdapat enam jenis pengangguran, iaitu:
                   (a)  Pengangguran struktur                       (d)  Pengangguran kitaran
                   (b)  Pengangguran bermusim                       (e)  Pengangguran teknologi
                   (c)  Pengangguran geseran                        (f)  Pengangguran tak ketara
                 5  Antara sebab berlakunya pengangguran:
                   (a)  Kitaran perniagaan                          (c)  Kejatuhan dalam penawaran agregat
                   (b)  Permintaan agregat yang rendah              (d)  Sebab lain
                 6  Kesan pengangguran terhadap sosioekonomi:
                   (a)  Pembaziran sumber                           (e)  Kemahiran buruh hilang
                   (b)  Pertumbuhan ekonomi terjejas                (f)   Kadar kemiskinan meningkat
                   (c)  Pendapatan per kapita berkurangan           (g)  Masalah sosial
                   (d)  Taraf hidup jatuh                           (h)  Ketidakstabilan politik
                 7  Cara mengurangkan masalah pengangguran:
                   (a)  Dasar fiskal mengembang                     (e)  Kemahiran dan latihan buruh
                   (b)  Dasar kewangan mengembang                   (f)   Penyebaran maklumat yang lengkap
                   (c)  Menambahkan peluang pekerjaan               (g)  Reformasi tanah
                   (d)  Perancangan pembangunan sumber tenaga manusia   (h)  Perancangan keluarga
                 8  Upah wang merupakan jumlah wang yang diterima oleh buruh atas sumbangan tenaga fizikal dan mental
                   dalam proses pengeluaran.
                 9  Upah bukan wang pula merupakan upah yang diterima oleh buruh dalam bentuk selain daripada wang.
                10  Upah benar merupakan kuasa beli upah wang.
                11  Faktor yang mempengaruhi perbezaan tingkat upah antara pekerjaan:
                   (a)  Permintaan dan penawaran buruh              (f)   Ganjaran bukan wang
                   (b)  Perbezaan tanggungjawab                     (g)  Kekuatan kesatuan sekerja
                   (c)  Perbezaan masa bekerja                      (h)  Perbezaan kemahiran
                   (d)  Perbezaan risiko yang ditanggung            (i)   Perbezaan mobiliti buruh
                   (e)  Perbezaan taraf pendidikan dan pengalaman
                12  Faktor yang menyebabkan perbezaan upah antara sektor pertanian dengan sektor perindustrian:
                   (a)  Perbezaan keanjalan penawaran
                   (b)  Perbezaan keanjalan permintaan harga
                   (c)  Perbezaan keanjalan permintaan pendapatan
                   (d)  Musim dan bencana
                   (e)  Harga keluaran
                   (f)  Peranan orang tengah
                   (g)  Daya pengeluaran sut
                13  Rumus penting:
                   (a)  Jumlah pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenaga
                                           Jumlah pengangguran
                   (b)  Kadar pengangguran =                  × 100
                                           Jumlah tenaga buruh
                                    Indeks harga pengguna tahun asas
                   (c)  Upah benar =                               × Upah wang
                                   Indeks harga pengguna tahun semasa





               26
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33