Page 27 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 27
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(iv) Berbanding dengan buruh di sektor pertanian yang tidak
mudah berpindah menyebabkan mereka tidak mempunyai Faktor yang menyebabkan BAB
peluang untuk menikmati upah yang lebih tinggi. perbezaan upah antara sektor
pertanian dengan sektor 1
(d) Harga keluaran perindustrian:
(i) Walaupun pada umumnya harga barangan di pasaran (a) Perbezaan keanjalan
penawaran
ditentukan oleh permintaan dan penawaran pasaran, tetapi (b) Kekuatan kesatuan sekerja
keadaan ini berbeza dengan keluaran di sektor pertanian. (c) Mobiliti buruh
(ii) Di sektor pertanian, firma atau pengeluar hanya bertindak (d) Harga keluaran
(e) Peranan orang tengah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
sebagai pengambil harga yang wujud di pasaran dan mereka (f) Daya pengeluaran sut
tidak mempunyai kuasa menentukan harga keluaran. Maka
pendapatan yang diperoleh pengeluar di sektor ini lebih
rendah.
(e) Peranan orang tengah
(i) Sememangnya kepentingan peranan orang tengah dalam
pemasaran hasil keluaran pertanian, penternakan dan
perikanan tidak dapat dinafikan. Walau bagaimanapun,
tindakan orang tengah kadang-kadang tidak banyak
mendatangkan keuntungan kepada petani dan nelayan.
(ii) Oleh sebab para petani dan nelayan tidak mempunyai
pengetahuan yang sempurna tentang harga di pasaran, maka
orang tengah mengambil kesempatan dengan membeli hasil Berikan tiga faktor yang
menyebabkan upah buruh di
keluaran pada harga yang rendah. Maka hasil yang diperoleh sektor perindustrian lebih tinggi
petani dan nelayan adalah rendah. daripada upah buruh di sektor
(iii) Ini berbeza dengan keadaan pemasaran bagi keluaran pertanian.
perindustrian. Keluaran perindustrian tidak terikat dengan
orang tengah. Firma bebas melakukan pemasaran barang
untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Maka
pendapatan yang diterima pengeluar adalah tinggi. Oleh
itu, pengeluar sektor perindustrian boleh membayar buruh
dengan upah yang lebih tinggi daripada sektor pertanian.
(f) Daya pengeluaran sut
(i) Umumnya daya pengeluaran sut buruh di sektor pertanian
lebih rendah daripada daya pengeluaran sut buruh di sektor
perindustrian.
(ii) Keadaan ini berlaku kerana tingkat teknologi yang
digunakan dalam sektor pertanian adalah rendah dan lebih
berintensifkan buruh.
(iii) Daya pengeluaran sut yang rendah menyebabkan buruh di
sektor pertanian mendapat upah yang rendah.
(iv) Keadaan ini berbeza di sektor perindustrian. Sektor
perindustrian lebih berintensifkan modal dan tingkat
teknologi yang digunakan lebih moden dan canggih. Oleh
itu, daya pengeluaran sut buruh di sektor perindustrian lebih
tinggi.
(v) Daya pengeluaran sut yang tinggi menyebabkan buruh di
sektor perindustrian mendapat upah yang lebih tinggi.
25

