Page 40 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 40

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
                                                 tegar nasional pada tahun 2012. Antaranya ialah negeri Kelantan,
                                                 Perlis, Sabah dan Sarawak.
                                             (b)  Negeri Sabah adalah negeri yang mempunyai kadar kemiskinan
                                                 tegar yang paling tinggi pada tahun 2012, iaitu dengan catatan
                                                 1.6%.

                                         Punca-Punca Kemiskinan
                 Hasil Pembelajaran
                Menghuraikan punca       Akses Pasaran
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                kemiskinan.
                                           1  Pasaran adalah tempat urus niaga berlangsung. Dalam pasaran, harga
                                             output dan kuantiti output akan ditentukan melalui mekanisme harga,
                          ’15 / ’17          iaitu kuasa permintaan dan kuasa penawaran. Dalam dunia sebenar,
                                             terdapat kesulitan tertentu bagi sesebuah firma akses dalam pasaran
                                             tertentu.
                                           2  Antara kekangannya termasuklah kekangan maklumat, kekangan
                                             input, kekangan kemahiran pengurusan perniagaan, kekangan polisi
                                             kerajaan, dan kekangan modal. Output firma mungkin tidak dapat
                                             dijual beli sekiranya firma gagal mengakses pasaran barang tersebut
                                             dan ini akan menjejaskan pendapatan firma.

                                         Modal
                                           1  Modal merupakan wang yang diperlukan untuk memperoleh sumber
                                             ciptaan manusia untuk tujuan proses pengeluaran.
                                           2  Sumber ciptaan manusia ini termasuklah jentera, kilang, peralatan dan
                                             kelengkapan pengangkutan untuk memastikan proses pengeluaran
                                             dapat berjalan dengan lancar.
                                           3  Tanpa modal untuk memulakan aktiviti pengeluaran, individu tersebut
                                             kekal terkongkong dalam tahap pendapatan yang sama.

                                         Teknologi

               Empat punca kemiskinan:     1  Teknologi merupakan ilmu pengetahuan yang diterapkan ke dalam
               (a)  Akses pasaran            industri  pekerjaan.  Selain  itu,  teknologi  juga  merangkumi  alat-alat
               (b)  Modal                    yang diperlukan untuk tujuan pelaksanaan sesuatu pekerjaan.
               (c)  Teknologi
               (d)  Pendidikan             2  Untuk menguasai teknologi yang terkini, pengetahuan untuk
                                             mengoperasikan alat-alat yang berteknologi tinggi ini amat penting.
                                           3  Tanpa teknologi, hasil pengeluaran adalah terhad dan tidak optimum.
                                             Keadaan ini akan menyebabkan kos pengeluaran menjadi tinggi dan
                                             firma sukar mendapat keuntungan daripada keluarannya. Firma
                                             seterusnya menghadapi risiko disingkirkan daripada industrinya.

                                           4  Di negara dunia ketiga, tingkat teknologi adalah rendah. Oleh itu,
                                             tingkat pendapatan yang diperoleh juga rendah.

                                         Pendidikan
             BAB
           6                               1  Kekurangan pendidikan merupakan salah satu punca utama kepada
                                             masalah kemiskinan.



              174
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45