Page 41 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 41

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
                    2  Sebahagian daripada negara mundur atau sedang membangun
                      tidak mempunyai kemudahan sekolah awam yang lengkap untuk    Setujukah anda pendidikan
                      memberikan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak    merupakan suatu punca
                      bangsa mereka.                                               kemiskinan di negara dunia
                    3  Tambahan pula, anak bangsa ini tidak mementingkan persekolahan   ketiga? Jelaskan.
                      atau sanggup melepaskan peluang persekolahan untuk bekerja di
                      ladang demi mendapat upah yang minimum.
                    4  Tanpa pendidikan, seseorang tidak mudah mendapat pekerjaan
                      yang berpendapatan tinggi pada masa kelak kerana tidak memiliki
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                      kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam alam pekerjaan.
                      Oleh itu, mereka hanya dapat menyumbang tenaga sebagai pekerja
                      tidak mahir yang dibayar gaji minimum.

                         6.3  Agihan Pendapatan


                    1  Dalam  ekonomi,  agihan pendapatan adalah  bagaimana jumlah
                      Keluaran Dalam Negeri Kasar diagihkan dalam kalangan
                      penduduknya.
                    2  Konsep ketakserataan pendapatan ini adalah berbeza daripada
                      kemiskinan. Kaedah ketakserataan pendapatan sering digunakan
                      oleh ahli-ahli sains sosial untuk mengukur taburan pendapatan dan
                      ketidaksamaan ekonomi di negara-negara tertentu atau dunia secara
                      umum.
                  Kaedah Pengukuran Agihan Pendapatan

                    1  Kaedah Persentil merupakan suatu kaedah statistik untuk mengira   Hasil Pembelajaran
                      nilai pemboleh ubah yang kurang daripada peratus yang diperhatikan.
                    2  Dengan erti kata lain, skor persentil memberitahu kita nilai peratus   Menggariskan kaedah
                      skor lain yang kurang daripada nilai data yang sedang kita siasat.   pengukuran agihan
                                                                                    pendapatan.
                    3  Sebagai contoh, persentil ke-20 adalah nilai di bawah 20 peratus
                      daripada nilai yang kita perhatikan.
                    4  (a)  Contoh: satu kawasan bandar mempunyai 20 isi rumah yang
                          mempunyai  pendapatan sebulan (dalam RM)  seperti berikut:
                          2750, 3770, 3780, 3780, 3800, 3810, 3810, 3820, 3830, 4840, 4840,
                          4840, 4850, 5870, 5870, 6880, 7880, 7880, 8890, 9900.
                      (b)  Kegunaan skor persentil adalah sebagai asas perbandingan
                          pendapatan bagi semua isi rumah  yang terlibat dalam penyiasatan
                          kita.
                      (c)  Bagi sesebuah isi rumah, pendapatan bulanan sebanyak RM3800
                          merupakan pendapatan yang agak lumayan. Sesungguhnya,
                          pendapatan ini menjadi tidak begitu lumayan atau memuaskan
                          apabila kita mengetahui bahawa RM3800 adalah persentil 20, iaitu
                          hanya 20% isi rumah berpendapatan bulanan kurang daripada
                          RM3800.

                    5  Pekali Gini adalah suatu ukuran serakan statistik yang dikembangkan                    BAB
                      oleh ahli statistik dan ahli sosiologi Itali yang bernama Corrado Gini.
                                                                                                             6




                                                                                                        175
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46