Page 45 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 45
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
3 Melalui peningkatan kemudahan infrastruktur, kesihatan, latihan dan Galeri Info
pelajaran, taraf dan kualiti hidup rakyat dipertingkatkan. Strategi Pembasmian DEB
4 Menurut laporan Rancangan Malaysia keenam, kadar kemiskinan • Mewujudkan peluang
negara telah merosot dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada pekerjaan untuk semua
tahun 1990. lapisan masyarakat yang
menganggur dengan
5 Selain itu, DEB juga dilaksanakan untuk menyusun semula mewujudkan projek
pembangunan awam.
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di negara kita. • Menawarkan peluang
Ketidakseimbangan sosioekonomi telah menyebabkan wujudnya perpindahan buruh dari sektor
ketakserataan pendapatan antara kaum. Dengan pelaksanaan DEB, kurang produktif kepada
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
ketakserataan pendapatan antara kaum telah dirapatkan. sektor yang lebih produktif.
• Memodenkan keadaan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) kehidupan di luar bandar
1 DPN (1991 – 2000) diperkenalkan pada tahun 1991 dan merupakan dengan penambahan dan
peningkatan perkhidmatan
dasar yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru. sosial seperti bekalan elektrik
2 Salah satu matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional adalah dan air, sistem pengangkutan
dan rumah awam.
sama dengan Dasar Ekonomi Baru, iaitu membasmi kemiskinan • Menawarkan bantuan seperti
dan menyusun semula masyarakat. Selain itu, DPN juga bertujuan latihan kemahiran dan modal
membentuk pembangunan seimbang dalam sektor ekonomi dan sosial. agar meningkatkan daya
pengeluaran dan pendapatan
3 Strategi pembasmian kemiskinan DPN: buruh di bandar dan luar
(a) Menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin bandar.
dan mengurangkan kemiskinan relatif.
(b) Mempertingkatkan latihan kemahiran kepada belia luar
bandar untuk menggantikan pemberian subsidi kerajaan agar Galeri Info
mereka boleh mendapat kerja-kerja yang berkemahiran dan DPN menandakan bermulanya
berpendapatan lebih tinggi. era baru dalam usaha untuk
(c) Menggalakkan kemasukan pelabur asing untuk meningkatkan menjadikan Malaysia sebuah
pertumbuhan ekonomi. negara maju menjelang tahun
(d) Memberi insentif kepada pelabur tempatan agar mempertingkatkan 2020.
daya saingan produk tempatan di pasaran antarabangsa. Secara
tidak langsung, peluang pekerjaan akan diwujudkan.
4 Walau bagaimanapun, pemberian subsidi dan sokongan terus
diberi kepada golongan penanam padi dan nelayan dengan tujuan
mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.
5 Tumpuan program dalam pembasmian kemiskinan diberi kepada
pendidikan, latihan, kesihatan, jalan-jalan luar bandar, pengangkutan,
perumahan, bekalan air dan elektrik.
6 Kadar kemiskinan negara pada tahun 1999 telah berjaya dikurangkan
kepada 8.5%.
7 Ketidakserataan pendapatan turut diberi penekanan dalam DPN dan
kadar ketakserataan pendapatan antara kaum telah diturunkan.
Dasar Wawasan Negara (DWN)
1 DWN (2001 – 2010) menggabungkan teras kritikal dasar
pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional dengan objektif utama pembasmian Bagaimanakah Dasar Wawasan
kemiskinan tanpa mengira kaum. Negara membasmi kemiskinan
2 Dasar ini juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 dalam kalangan golongan BAB
yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara miskin? 6
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
179

