Page 14 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 14

Bahasa Melayu PT3  Bab 1 Sistem Bahasa
                  1.1.3  Kata Adjektif
                    1. Kata adjektif  ialah  perkataan yang menerangkan  sifat,  rupa    Kata
                                                                                         Adjektif
                      bentuk, atau keadaan sesuatu kata nama.                                         Bab 1
                    2. Kata  adjektif  dapat dikenal  pasti melalui penggunaan kata   VIDEO
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                      penguat sama ada di hadapan, di belakang, atau di hadapan dan di belakang sesuatu
                      kata adjektif.
                    3. Terdapat sembilan jenis kata adjektif, iaitu:
                      (a)  Kata adjektif bentuk – contohnya bulat, lonjong, pipih, runcing
                      (b)  Kata adjektif cara – contohnya cepat, lincah, pantas, sengit
                      (c)  Kata adjektif jarak – contohnya dekat, hampir, jauh, renggang
                      (d)  Kata adjektif pancaindera – contohnya anggun, bising, masin, pahit
                      (e)  Kata adjektif perasaan – contohnya cinta, dukacita, kecewa, suka
                      (f)  Kata adjektif sifatan – contohnya baik, pandai, subur, tenang
                      (g)  Kata adjektif ukuran – contohnya kecil, luas, sempit, tinggi
                      (h)  Kata adjektif waktu – contohnya lama, lewat, segera, suntuk
                      (i)   Kata adjektif warna – contohnya biru, hitam, kuning, merah
                    4. Terdapat empat pangkat kata adjektif, iaitu:

                             Biasa          Perbandingan       Menyangat         Penghabisan
                      Rumahnya besar.    Rumahnya sebesar   Rumahnya sangat   Rumahnya paling
                                         istana.           besar.             besar.

                      Guru itu rajin.    Guru itu serajin   Guru itu amat rajin. Guru itu sangat
                                         semut.                               rajin sekali.

                      Jalan itu licin.   Jalan itu selicin   Jalan itu benar-  Jalan itu amat licin
                                         belut.            benar licin.       sekali.




                  PRAKTIS      FORMATIF           1.1.3


                     1.  Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
                       Ayah mengasah parang dan sabit miliknya kerana sudah         .
                       A  karat                            C  pendek
                       B  tohor                            D  tumpul

                     2.  Dalam ayat di bawah, terdapat  satu kesalahan bahasa.  Kenal pasti kesalahan
                       tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
                       tidak perlu menyalin ayat itu semula.
                       Puan Sharifah memegang tangan anaknya dengan ketat sewaktu melintas jalan.





                                                        7





         01 RANGER BM PT3.indd   7                                                          14/03/2022   9:09 AM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19