Page 54 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 54
Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
Model 5
Rajah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Memupuk
MEMPERKUKUH AMALAN Perpaduan
Komuniti dalam
KEJIRANAN Kebiasaan Baharu
INFO COVID-19
Bab 3
Kunjung- Menghulurkan Meraikan majlis
mengunjung bantuan penting
Jawapan
Amalan kejiranan penting untuk memupuk perpaduan masyarakat.
Amalan kejiranan dapat diperkukuh dengan melakarkan senyuman
dan bertegur sapa dengan jiran. Hal ini penting demi menunjukkan
rasa kasih sayang dan muhibah sesama jiran. Selain itu, amalan
kunjung-mengunjung juga dapat memperkukuh amalan kejiranan
kerana menunjukkan keprihatinan dan perpaduan yang utuh. Di samping
itu, kita patut menghulurkan bantuan kepada jiran demi meringankan
beban kesusahan mereka. Kita juga boleh meraikan majlis-majlis penting
bersama jiran sebagai tanda menghormati majlis yang diadakan oleh
mereka. Kesimpulannya, amalan kejiranan harus diperkukuh supaya
masyarakat hidup dengan sentosa dan bahagia.
218
03 RANGER BM PT3.indd 218 14/03/2022 9:11 AM

