Page 18 - Buletin JSKM 2020
P. 18
16
KEKAL POSITIF &
SIHAT SEMASA PKP
O L E H :
N A E M A H A B D U L W A H A B
Pandemik
Akibat peningkatan kes positif COVID pada awal bulan Mac 2020 salah satu langkah yang dilaksanakan oleh
pihak kerajaan Malaysia adalah Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penyebaran virus ini
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa bermula 18 Mac 2020 rakyat
Malaysia telah melalui beberapa peringkat PKP antaranya bermula dengan PKP Diperketat PKP
Pemulihan dan PKP Bersyarat Semasa tempoh PKPD dan PKPB penulis dan ramai lagi rakyat
Malaysia dikehendaki Bekerja Dari Rumah Oleh yang demikian artikel ini adalah merupakan
perkongsian pengalaman peribadi penulis untuk kekal positif dan aktif sepanjang tempoh PKP pada tahun
2020
Tidak dinafikan pengalaman kali pertama berdepan ujian pandemic COVID dan terpaksa BDR beberapa kali
untuk tempoh berminggu bagi seorang ibu kepada beberapa cahaya mata adalah bukan suatu tugas
yang mudah Penulis pasti ramai yang merasai pengalaman yang sama namun kita sangat bersyukur kerana
masih mempunyai pekerjaan dan nikmat kesihatan yang baik Pada mulanya penulis agak kekok untuk
menyeimbangkan tugasan office sebagai seorang pendidik dan kewajipan ibu serta isteri di rumah Maklumlah
pelbagai perisian atas talian dan mod pengajaran online yang perlu dikuasai dalam masa yang sangat singkat
bagi membolehkan penulis melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar yang
diarahkan
Itu belum lagi memantau kelas atas talian anak penulis sendiri yang masih belajar di sekolah rendah dan
tadika Memang kalut dan tertekan dibuatnya Penulis mengambil masa hampir sebulan untuk tune diri
kepada situasi PKP maka di sini penulis ingin berkongsi beberapa tips untuk menyeimbangkan BDR dan
tugasan rumah sepanjang menggalaskan gelaran suri bekerja dari rumah Bekerja dari rumah adalah
sangat jauh berbeza daripada bekerja di pejabat Fokus tanggungjawab bekerja bermula 8 pagi sehingga 5
petang

