Page 14 - Buletin JSKM 2020
P. 14

12





               ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮


                                                      –                                                                                              
                                        -                                                (      ),                ,         
                                                         :     .                        

                       Pada  tahun  2020,  Jabatan  Sains  Komputer  &  Matematik  (JSKM),  UiTM  Cawangan  Pulau
               Pinang  di  bawah  bidang  Sains  Komputer  telah  menubuhkan  Special  Interest  Group  (SIG)  CS-e-
               Learning.  SIG  ini  diketuai  oleh  Ts  Jamal  Othman.  Sebagai  aktiviti  permulaan penubuhan  SIG  ini,
               pensyarah dari Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) adalah digalakkan menerbitkan satu
               artikel  dengan  tema  kreativiti  dan  inovasi  dalam  pengajaran  sewaktu  tempoh  perintah  kawalan
               pergerakan,  Covid-19.  Sebanyak  18  artikel  telah  diperolehi  dari  kalangan  pensyarah  Jabatan  Sains
               Komputer & Matematik (JSKM). Artikel-artikel tersebut telah disemak dan diedit oleh Pn Naemah
               Abdul  Wahab  dan  Pn  Azlina  Mohd  Mydin  sebelum  diterbitkan.  Pada  11  September  2020,  satu
               penerbitan khas di bawah Unit Penerbitan JSKM iaitu Creative and Innovative Teaching Practices
               During Covid-19 Movement Control Order (MCO) Vol.1 (2020) berindeks ISBN: 978-967-0841-
               88-5  telah  berjaya  diterbitkan.  Objektif  utama  penerbitan  khas  ini  adalah  untuk  mengenengahkan
               kreativiti  dan  inovasi  pensyarah  masing-masing  yang  digunakan  bagi  tujuan  pengajaran  dan
               pembelajaran pelajar semasa tempoh kawalan pergerakan, Covid-19. Pelbagai kreativiti telah dikongsi
               melalui  platform  komunikasi  sosial  seperti  Facebook,  WhatsApp,  Emel  dan  lain  platform.  Namun
               pensyarah  digalakkan  untuk  menerbitkan  dalam  artikel  yang  lebih  formal  agar  hasil  kreativiti  dan
               inovasi  tersebut  mendapat  pengiktirafan.  Antara  lain  objektif  penubuhan  SIG  ini  adalah  untuk
               menggalakan penglibatan dalam penyelidikan dan penerbitan artikel dalam jurnal berindeks peringkat
               antarabangsa. Beberapa artikel yang telah berjaya diterbitkan dalam penerbitan khas di bawah Unit
               Penerbitan JSKM, telah dipilih untuk dimurnikan, ditambahbaiki dan dipertingkatkan kajian literatur
               agar sesuai diterbitkan dalam jurnal berindeks antarabangsa. Jawatankuasa SIG telah berurusan dengan
               jurnal berindeks berkaitan dan kini sedang dalam proses semakan artikel-artikel. SIG CS-e-Learning
               akan meneruskan usaha membudayakan penulisan dan penerbitan artikel dalam jurnal berindeks pada
               tahun 2021. Penerbitan ini boleh dicapai di link http://appspenang.uitm.edu.my/buletin%20jskm/2020-
               2/































               ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19