Page 13 - Buletin JSKM 2020
P. 13
11
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
:
Satu Program Sharing Session JSKM 2020 telah diadakan pada 30 November 2020 (Isnin)
pada jam 9.00 pagi. Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dari kalangan staf
JSKM disamping menggalakkan staf JSKM dalam penulisan, penerbitan dan juga inovasi. Program
anjuran dari Unit Latihan dan Kepimpinan, JSKM ini telah menggunakan medium Google Meet untuk
sesi perkongsian ini kerana pada tarikh program ini diadakan, PKPB masih sedang berjalan. Seramai
tiga penceramah telah membuat pembentangan dengan berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing.
Penceramah pertama adalah Pn Wan Nur Shaziayani Wan Mohd Rosly. Tajuk pembentangan beliau
adalah Kelas Ngaji Tulis Tesis. Penceramah kedua ialah Pn Zuraira Libasin yang membentangkan tajuk
Etika dalam Penyelidikan. Penceramah ketiga pula ialah Encik Jamal Othman yang berkongsi
Pengalaman Penglibatan Dalam Pertandingan Inovasi Secara Maya. Dengan adanya sesi perkongsian
ini dapat menyuntik semangat staf jskm supaya lebih banyak menghasilkan penulisan, penerbitan dan
inovasi dengan lebih baik. Di samping itu, pengalaman yang dikongsi itu juga dapat memberi gambaran
kepada staf JSKM yang ingin menghasilkan produk inovasi di musim PKP ini,
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────

