Page 15 - Buletin JSKM 2020
P. 15

13





               ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮


                                                                                                                                  
                                                          :                        

                       Pada  12  Februari  2020,  satu  Bengkel  Pelan  Tindakan  Perancangan  Strategik
               JSKM 2020 telah diadakan di Bilik Perdana 1, Aras 2 Kompleks Perdana, UiTM Cawangan
               Pulau  Pinang.  Unit  Perancangan  Strategik  (PS)  Jabatan  Sains  Komputer  dan  Matematik
               menjadi penganjur sesi perbincangan serta perancangan ini. Program tahunan yang diadakan
               ini  adalah  bertujuan  untuk  memastikan  staf  JSKM  bergerak  seiring  UiTM  bagi  memenuhi
               Perancangan Strategik 2020-2025 serta menyiapkan satu plan tindakan JSKM bagi tahun
               2020 yang selari dengan Plan Strategik UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seramai 33 orang
               pensyarah telah hadir dalam sesi ini. Perancangan bagi tahun 2020 telah dibentangkan dalam
               enam teras utama iaitu pengajaran dan pembelajaran (Teras 1), penyelidikan, inovasi dan
               pengkomersilan (Teras 2) , akademia, industri dan masyarakat (Teras 3), pengurusan dan
               pengukuhan kewangan professional (Teras 4) , kepimpinan (Teras 5)  dan keusahawanan
               (Teras 6). Setiap perancangan disesuaikan bagi memenuhi Penunjuk Prestasi Jabatan bagi
               tahun 2020. Bengkel ini berjaya dilaksanakan atas kerjasama semua staf JSKM.

















































               ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20