Page 16 - Buletin JSKM 2020
P. 16
14
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
: .
Penulisan saintifik bukan sahaja memerlukan hasil kajian yang signifikan malahan senarai
rujukan yang banyak dan terkini di olah dalam bentuk corak penulisan yang profesional. Justeru itu,
penyediaan dan pengurusan dokumen penulisan santifik merupakan suatu proses yang rumit,
memerlukan strategi yang betul dan tatacara yang kemas demi untuk menghasilkan suatu penulisan
professional yang tidak memberikan tekanan kepada penulis. Penggunaan teknologi dalam
memantapkan lagi pengurusan dan penulisan bukanlah suatu perkara baru. Justeru itu, tanggal 5
Februari 2020, bengkel pertama bagi merealisasikan matlamat yang di nyatakan iaitu Bengkel
Mendeley telah berjaya diadakan di Makmal Komputer 2.1, Aras 2, Kompleks Perdana, UiTM Pulau
Pinang. Bengkel ini merupakan perintis kepada bengkel-bengkel lain yang dirancangkan sepanjang
tahun 2020 untuk memastikan staf JSKM mendapat pendedahan yang optimum dalam pengurusan
dokumen literasi. Seramai 15 staff JSKM telah menghadiri kursus ini yang di adakan sepanjang sehari.
Penceramah En. Saiful Nizam Abu Bakar telah berkongsi cara untuk menggunakan ‘cloud data’ yang
di integrasikan bersama dengan perisian mendeley yang boleh digunakan secara ‘stand-alone’ pada
computer masing-masing dan ‘online’. Bengkel ini juga mendedahkan cara untuk mengurus dan
berkongsi kertas penyelidikan, mencari data penyelidikan dan perkongsian dalam talian. Ia
menggabungkan Mendeley Desktop, PDF dan aplikasi pengurusan rujukan (tersedia untuk Windows,
Mac dan Linux) dengan Mendeley web, rangkaian sosial atas talian untuk penyelidik. Akhir sekali,
semoga peserta dapat mengaplikasikan penggunaan perisian ini dalam menyediakan kertas
penyelidikan masing-masing kelak.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────

