Page 116 - Buletin JSKM 2021
P. 116
115
BAHASA MELAYU SARAWAK
Siti Balqis Mahlan
Terdapat pelbagai bahasa yang digunakan di Sarawak. Di antaranya ialah Melayu Sarawak,
Iban, Kedayan, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kelabit, Melanau dan ada banyak lagi bahasa dari
suku kaum tertentu. Bahasa Melayu Sarawak merupakan bahasa yang kerap digunakan oleh
pelbagai masyarakat di Sarawak. Terdapat sedikit perbezaan dari segi perkataan, sebutan dan
intonasi di antara Bahasa Melayu Sarawak yang digunakan di Miri, Limbang, Lawas, Kuching,
Bintulu, Saratok dan lain-lain bahagian di Sarawak. Namun begitu, kebanyakan perkataan yang
digunakan adalah hampir sama. Berikut merupakan contoh-contoh perkataan Bahasa Melayu
Sarawak yang lazimnya digunakan oleh orang Melayu Sarawak khususnya di Miri beserta
maksudnya.
Haiwan Tumbuhan
Melayu Sarawak Maksud Melayu Sarawak Maksud
1. Asuk Anjing 1. Cabik Cili
2. Pusak Kucing 2. Semangka Tembikai
3. Lipeh Lipas 3. Limo Limau
4. Lango Lalat (saiz besar) 4. Sayor Sayur
5. Penyuk Penyu
6. Kurak-kurak Kura-kura Tempat
7. Boyak Buaya 1. Kedei Kedai
8. Kelebar Rama-rama 2. Kampong Kampung
9. Lanyek Lebah 3. Sungei Sungai
10. Manok Ayam 4. Bilit Bilik
11. Itit Itik 5. Sepetar Hospital
12. Kerbo Kerbau 6. Pasa Pasar
13. Kerak Monyet 7. Gunong Gunung
14. Pusuk Ikan bilis
Warna Kata Ganti Nama Diri
1. Mengkodok Ungu 1. Kamek/Aku/Ku Saya
2. Kalas Merah jambu 2. Kitak/Kawu Kamu
3. Gadong/Hijo Hijau 3. Sidaknya Mereka
4. Kunin Kuning 4. Nya Dia
5. Itam Hitam 5. Kamek orang Kami
6. Mirah Merah 6. Kitak orang Kamu (ramai)

