Page 119 - Buletin JSKM 2021
P. 119
118
HEBATNYA SURAH AL-KAFIRUN
Fadzilawani Astifar Alias
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! (1)"Aku tidak akan menyembah
apa yang kamu sembah. (2)"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku
sembah.(3) "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4)"Dan kamu pula
tidak mahu beribadat secara aku beribadat.(5) "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku
agamaku".(6)
1. Pahala Membaca Sama Dengan Satu Perempat Al-Quran
Pahala membaca surah al-Kafirun sama dengan membaca satu
perempat dari Al-Quran sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh
Annas RA: “Qul Ya Ayyuhal-Kafirun senilai dengan seperempat Al-
Quran.”
Ini kerana Surah Al-Kafirun berisi membebaskan dari syirik (tauhid
atau kalimat syahadat yang pertama). Sebab itulah kandungan surah ini
sama dengan satu perempat Al-Quran.
Menurut Syeikh Ibn Baz pula, membaca empat kali surah ini sama
seperti khatam Al-Qur’an.
2. Digalakkan di baca dalam Solat-solat Malam
Diriwayatkan oleh Al Wailli dari hadis Jabir bin Abdullah yang
bermaksud: “Seorang lelaki berdiri lalu mengerjakan solat fajar dua
rakaat. Dia membaca pada rakaat pertama Qul Ya Ayyuhal-Kafirun
(katakan hai orang-orang kafir) hingga akhir surah. Lalu Nabi SAW
bersabda yang bermaksud:
“Ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya. Kemudian ia
membaca pada rakaat kedua Qul Huwallahu Ahad (Katakanlah Dia
adalah Allah yang maha Esa.

