Page 121 - Buletin JSKM 2021
P. 121

120




                                        TELEFON: DAHULU DAN SEKARANG
                                                  Maisurah Shamsuddin

                       Masih ingatkah anda pada alat telekomunikasi yang telah digunakan pada masa dahulu?
                Pastinya semua pernah menggunakan telefon rumah atau telefon awam yang disediakan oleh
                Telekom Malaysia seperti rajah berikut. Ia merupakan antara contoh telefon rumah yang telah
                digunakan sekitar  tahun 1960 an  dan masih lagi digunakan sehingga kini.





















                                        Telefon Jabatan Telekom 1960  dan  1986
                    (sumber:https://koleksimalayalama.blogspot.com/2013/03/koleksi-antik-lama.html)

                Menurut  wikipedia,  telefon ialah  alat telekomunikasi yang  digunakan  bagi  memancar  dan
                menerima  bunyi  (kebiasaanya  suara  dan  percakapan)  pada  jarak  jauh  tanpa  terikat  dan
                secara      bebas.       Perkataan telefon berasal       daripada       perkataan bahasa
                Inggeris, ’telephone’ yang  berasal  daripada bahasa  Yunani; tele =  jauh  dan phone =
                suara. Kebanyakan  telefon  beroperasi  melalui  pemancaran isyarat  eletrik   yang
                membenarkan  pengguna telefon untuk berhubung.

                       Rajah berikut merupakan telefon awam yang pernah ada di Malaysia tetapi ianya tidak
                lagi digunakan pada masa kini kerana majoriti rakyat  telah mempunyai telefon pintar.























                                                      Telefon awam
                      (Sumber: https://www.nicknashram.com/2017/03/nostalgia-telefon-awam.html)
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126