Page 118 - Buletin JSKM 2021
P. 118

117




                Berikut merupakan beberapa contoh penggunaan ayat:
                Soalan:       Apa polah kitak kat sitok? (Apa awak buat kat sini?)
                Jawapan:      Sik ada polah apa, kamek nangga tv jak. (Takde buat apa, saya tengok tv je.)

                Soalan:       Sine mok engkah cangkir tok? (Kat mana nak letak cawan ni?)
                Jawapan:      Engkah jak dalam lemari ya. (Letak je dalam almari tu.)

                Soalan:       Kitak mok pegi sine? (Awak nak ke mana tu?)
                Jawapan:      Kamek  mok  ke  sepetar  ngabas  petunggal.  (Saya  nak  ke  hospital  melawat
                sepupu.)

                Soalan:       Gine mok molah bubor ayam tok? (Macam mana nak buat bubur ayam ni?)
                Jawapan:      Senang ajak ya, kamek ngekot resepi dalam buk ya. (Senang je tu, saya ikut
                              resipi dalam buku tu.)

                Ayat:         Angol palak kamek. (Saya pening kepala.)

                Ayat:         Entingal nar nembiak tok. (Degil sangat budak ni.)

                Ayat:         Kamek indah yang kenak paluk ngan kubit. (Saya pulak yang kena pukul dan
                cubit.)

                Ayat:         Mun kitak ke sinun kelak, iboh lupak embak aik semangka ya. (Kalau awak ke
                              sana nanti, jangan lupa bawa air tembikai tu.)

                Terdapat  pelbagai  lagi  perkataan  Melayu  Sarawak  selain  yang  dinyatakan.  Ini  hanyalah
                sebahagian yang seringkali digunakan dalam percakapan seharian. Terdapat juga perkataan
                yang sama dari segi sebutannya misalnya manis, masam, pedas, wangi, tajam, licin, takut,
                berani, besar, tangan, kaki, plastik dan sebagainya. Cuma, cara sebutan bagi perkataan yang
                ada ‘r’ perlulah ditebalkan sebutannya sama seperti sebutan ‘r’ bagi loghat utara. Cara sebutan
                bagi perkataan yang ada huruf ‘k’ di hujung perkataan juga agak berbeza. Manakala, sebutan
                bagi huruf lain adalah sama kecuali bagi huruf r dan k sahaja.

                Sampei  di  sitok  ajak  (Sampai  di  sini  sahaja).  Selamat  mempelajari  Bahasa  Melayu
                Sarawak.
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123