Page 120 - Buletin JSKM 2021
P. 120
119
3. Dibaca Sebelum Tidur Membebaskan Kemusyrikan
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Farwah bin Naufal: Dari ayahnya
bahawa Nabi SAW bersabda : “Bacalah Qul Ya Ayyuhal-Kafirun
kemudian tidurlah di akhirnya, sesungguhnya ayat tersebut
membebaskan dari kemusyrikan”
4. Mengajar Bertolak Ansur dalam Beragama
Kandungan surah ini mengajar kita supaya bertolak ansur dalam
mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Al-Quran memerintahkan agar kita menghormati penganut agama
lain. Bertepatan dengan potongan akhir ayat ini yang bermaksud
‘Untukmu agama mu dan untuk ku agama ku’.
5. Surah yang Ditakuti Iblis
“Tidak ada dalam Al-Quran yang lebih ditakuti Iblis daripada Qul Ya
Ayyuhal-Kafirun, kerana ia adalah tauhid dan pembebas dari
kemusyrikan”.
Imam Ja’far berkata “Bacalah 7 kali Surah ini setiap hari bagi menjaga
iman. Barang siapa membiasakan diri membacanya pada saat matahari
terbit dan terbenam, maka ia akan bebas dari keraguan, kesyirikan dan
keyakinan yang buruk”

