Page 122 - Buletin JSKM 2021
P. 122

121






                Telefon awam lebih banyak digunakan sekitar 80 an hingga ke 90 an kerana pada masa tersebut
                tidak  semua  yang  mampu  memiliki  telefon  di  rumah  ataupun  telefon  bimbit.  Pasti  semua
                mempunyai kenangan menggunakan telefon awam di mana duit syiling perlu disediakan. Masa
                juga diperuntukkan untuk setiap sen yang digunakan. Kadang-kala wang yang dibawa tidak
                mencukupi  dan  terputus  tiba-tiba  ketika  rancak  berbual.  Terdapat  juga  telefon  awam  yang
                menggunakan  kad  pra-bayar.  Cara  ini  lebih  selamat  bagi  mereka  yang  suka  berbual  lama.
                Tetapi  ada  hadnya  becakap  menggunakan  telefon  awam  sekiranya  ramai  yang  menunggu
                berbaris di belakang. Kebiasaanya orang awam menggunakan telefon ini untuk hal-hal yang
                penting sahaja. Walaubagaimanapun terdapat banyak kes vadalisme telefon awam dan kos
                untuk penyelenggaraannya juga agak mahal dan tidak berbaloi dengan kehendak pada masa
                sekarang.    Agak  sukar  juga  untuk  kita  lihat  terdapatnya  pondok  telefon  awam  kerana
                penggunaanya pun tidak lagi serancak sebelum adanya telefon bimbit atau telefon pintar yang
                jauh lebih banyak fungsinya.

                       Perkembangan  yang  pesat  telah  menjadikan
                alat  komunikasi  yang  digunakan  hanya  untuk
                berhubung suara dengan keluarga atau rakan yang jauh
                telah  menjadikan  ia  sangat  mudah  digunakan  dan
                boleh dibawa ke mana sahaja iaitu telefon bimbit atau
                telefon mudah alih (handphone). Telefon bimbit yang
                pertama di dunia telah dilancarkan pada tahun 1973
                iaitu  Motorola  DynaTAC  800x  yang  menggunakan
                konsep  yang  sama  iaitu  menjawab  dan  membuat
                panggilan  dengan  menggunakan  talian  analog  1G.
                Pada mula ia dikeluarkan, harganya agak mahal dan
                tidak   semua     orang     mampu      memilikinya.
                (Sumber:https://www.everything47.com)
                       Setelah itu telefone bimbit  telah berkembang
                dengan pesatnya dan fungsinya juga semakin bertambah. Pada tahun 1992, talian 2G telah
                diimplimentasikan  pada  telefon  mudah  alih  dan  fungsi  penghantaran  sms  pertama  telah
                digunakan. Rajah berikut adalah contoh beberapa bentuk telefon bimbit daripada syarikat
                Nokia yang terkenal pada suatu ketika dahulu iaitu sekitar tahun 1980 sehingga 2000. Sudah
                pasti semua pernah memilikinya kerana iainya sangat mudah digunakan dan boleh dibawa
                kemana sahaja. Tambahan pula harganya semakin murah dan masih lagi mampu milik. Jika
                dilihat daripada saiznya, ianya semakin kecil dan lebih mudah dibawa. Manakah di antara
                berikut  telefon  pertama  anda?  Masihkah  anda  menyimpannya?atau  masih  lagi  kah  anda
                menggunakannya?
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127