Page 36 - Buletin JSKM 2021
P. 36

35





                ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
                                        JSKM CEMERLANG DI ECONDEV2021
                                                Siti Nurleena Abu Mansor

                Pada  tahun  ini,  telah  berlangsung  pertandingan  inovasi  pengajaran  dan  pembelajaran  iaitu
                eConDev2021 (International e-Content Development Competition 2021) bertarikh 20 hingga
                27 Ogos 2021. Pertandingan ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu MOOC (Massive
                Open Online Courses), Micro-credential, Open Education Resources (OER) dan Pitching.
                JSKM telah mengambil peluang ini dengan penyertaan dua kumpulan yang mempertandingkan
                satu projek MOOC dan satu projek OER, manakala dua lagi staf JSKM turut menyertai MOOC
                dibawah Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE). MOOC Further Differential Equation yang di
                ketuai oleh Puan Chew Yee Ming (Ahli: Rafizah Kechil, Mahanim Omar, Nur Azimah Idris,
                Mohd  Syafiq  Abdul  Rahman)  mengetengahkan  pengisian  yang  menarik  dan  berinformasi
                hingga melayakkan projek ini mendapat pingat Perak.
                OER yang diketua oleh Dr Nor Hanim Abd Rahman (Ahli: Siti Nurleena Abu Mansor) adalah
                berkaitan dengan e-Bridging Modules for Fundamental Engineering Seminar (e-FES) yang
                mengetengahkan cara inovatif penggunaan modul-modul dalam FES. Inovasi ini telah berjaya
                merangkul pingat Emas.
                       Puan Wan Anisha Wan Mohammad dan Puan Azlina Mydin pula menyumbangkan
                kepakaran dan pengalaman mereka dalam MOOC: Electrical Machines and Drives dari Fakulti
                Kejuruteraan  Elektrik  yang  di  ketua  oleh  Dr  Ahmad  Asri  Abd  Samat.  Projek  ini  berjaya
                merangkul pingat Gangsa.
                       Tahniah  diucapkan  kepada  semua  pemenang  yang  telah  bertungkus-lumus  dan
                berusaha dengan gigih dalam projek inovasi masing-masing. Semoga mendapat pengalaman
                yang berharga dari pertandingan ini. Di harap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada
                warga JSKM yang lain bagi membudayakan inovasi dalam pengajaran.


















                 ────────────────»»❀❀❀««──────────────────

                ╭
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41