Page 33 - Buletin JSKM 2021
P. 33

32





                ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
                                             WEBINAR: HIBAH TAKAFUL
                                               Wan Anisha Wan Mohammad























                      Pada 16 Februari 2021, Unit Kebajikan dan Kerohanian, Jabatan Sains Komputer dan Matematik
                (JSKM),  UiTM  Cawangan  Pulau  Pinang  telah  menganjurkan  satu  webinar  yang  bertajuk  Hibah
                Takaful.  Webinar  ini  bertujuan  untuk  menerangkan  kepentingan  hibah  takaful  kepada  semua  staf
                sebagai persediaan awal sebelum ajal menjemput. Moderator bagi webinar ini ialah Encik Saifulnizam
                Abu Bakar yang merupakan pensyarah kanan dari JSKM. Webinar ini telah disampaikan oleh Cik
                Nurizan  Ahmad  seorang  Agency  Manager  merangkap  perunding  takaful  dari  Hong  Leong  MSig
                Takaful. Beliau bergerak aktif dalam bidang takaful secara sepenuh masa sejak tahun 2006. Perkongsian
                ilmu daripada Cik Nurizan pada webinar ini adalah lebih fokus kepada membantu menyelesaikan isu
                berkaitan insuran dan hibah takaful dengan berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam merancang
                hibah secara komprehensif dan mudah difahami.
                      Webinar ini telah berjaya menjelaskan pengertian hibah takaful secara terperinci serta
                pengendalian hibah takaful telah diterangkan dengan baik. Di samping itu, pelbagai informasi
                tambahan juga turut dikongsikan agar boleh membantu masyarakat dalam memastikan harta
                pusaka dapat di bahagikan secara adil. Pada akhir webinar, sesi soal jawab telah dibuka untuk
                peserta bertanya sebarang kemusykilan kepada penceramah.
                       Webinar ini telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform Google
                Meet sebagai medium utama dan disambungkan ke FB Live dengan menggunakan perisian
                OBS. Lebih kurang 80 peserta telah menyertai webinar ini melalui Google Meet manakala 130
                orang  melalui  FB  Live.  Peserta  terdiri  daripada  staf  dan  pelajar  khususnya  dari  UiTM
                Cawangan Pulau Pinang. Ia juga turut menarik minat peserta dari UiTM seluruh Malaysia
                termasuk orang awam.


















                ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38