Page 31 - Buletin JSKM 2021
P. 31

30





                ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
                                      VIRTUAL RUN & RIDE JSKM 2021 (VRR’21)
                                                Dr Nor Hanim Abd Rahman

                       Virtual Run & Ride JSKM (VRR’21) ialah program yang telah dilaksanakan bermula
                24  Mei,  2021  sehingga  18  Julai,  2021  anjuran  Unit  Sukan,  Jabatan  Sains  Komputer  &
                Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Ia merupakan sebuah program larian dan
                kayuhan  yang  dilakukan  secara  maya.  Tiga  objektif  utama  aktiviti  ini  dilakukan  ialah
                membudayakan  kesihatan  diri  dalam  kehidupan  seharian,  membudayakan  konsep  ‘Badan
                cergas, minda cerdas’, dan seteruskan menghasilkan budaya kerja yang lebih produktif serta
                membina sifat kebersamaan dan semangat kekitaan di kalangan warga JSKM.  Jawatankuasa
                ini diketuai oleh En. Mawardi Omar dengan usahasama Dr. Nor Hanim Abd Rahman, En.
                Ahmad Rashidi Azudin, Pn. Siti Mariam Saad dan Pn. Sharifah Sarimah Syed Abdullah.
                       Aktiviti ini terbuka kepada semua staf JSKM, UITM Cawangan Pulau Pinang dengan
                sasaran  400km  terkumpul  sepanjang  tempoh  larian  dan  kayuhan.  Seramai  24  staf  berjaya
                direkodkan menyertai aktiviti ini, samada dilakukan secara bersendirian atau kumpulan kecil.
                Peserta diwajibkan mengikut SOP larian/kayuhan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
                Malaysia dan kerajaan negeri Pulau Pinang termasuk ketetapan masa 7.00 pagi hingga 7.00
                malam bagi mereka yang melakukan aktiviti di luar rumah masing-masing.  Semua swafoto
                serta  data  telah  direkodkan  menggunakan  aplikasi  telefon  pintar.  Segala  rekod  larian  serta
                kayuhan ini telah dimuatnaik kepada pihak urusetia melalui Google Form yang telah disediakan
                untuk  disimpan  agar  objektif  larian  dapat  dicapai  dengan  sempurna.  Program  ini  juga
                menyediakan  e-Sijil  (mingguan  dan  keseluruhan)  bercorak  karikatur  unik  hasilan  seni  En.
                Ahmad Rashidi, serta jam-latihan bagi semua peserta yang memenuhi syarat-syarat minima
                yang telah ditetapkan pihak jawatankuasa bagi Run/Ride iaitu 10km/15km (mingguan) dan
                30km/50km (keseluruhan). Jumlah jarak terkumpul yang dicapai untuk tujuh minggu tersebut
                ialah 1357.91 km (larian) dan 2350.71 km (kayuhan).  Berikut ialah senarai lima pemenang
                utama bagi setiap kategori. Semoga usaha kecil ini akan menjadi pemangkin dan titik tolak
                kepada gaya hidup yang lebih sihat dalam penyesuaian norma baru ini. Bravo dan tahniah
                JSKM!

                             KATEGORI LARIAN                         KATEGORI KAYUHAN
                     1st RUNNER: Ts. JAMAL OTHMAN (429.76km)   1st RIDER: Dr ROZITA KADAR (569km)
                     2nd RUNNER: AZLINA MOHD MYDIN (390.89km)   2nd RIDER: RAFIZAH KECHIL (550.66km)
                     3rd RUNNER: SITI MARIAM SAAD (174.28km)   3rd RIDER: MAISURAH SHAMSUDDIN (430.08km)
                     4th RUNNER: CHEW YEE MING (111.15km)   4th RIDER: Dr NOR HANIM ABD RAHMAN (320.87km)
                     5th  RUNNER:  NOOR  'AINA  ABDUL  RAZAK   5th RIDER: SH. SARIMAH SYED ABDULLAH (188.94km)
                     (66.72km)

















                ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36