Page 35 - Buletin JSKM 2021
P. 35

34





                ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
                              i-IDeA 2020-5th International, Innovation, Design & Articulation
                                               Norshuhada Binti Samsudin


                       Pada 24 Mac 2021 yang lalu, satu pertandingan inovasi yang dikenali sebagai i-IDeA
                2020-5th International, Innovation, Design & Articulation telah diadakan secara dalam
                talian. Program ini telah dianjurkan oleh UiTM Cawangan Perlis. Program ini disertai oleh satu
                kumpulan yang terdiri daripada enam orang pensyarah mewakili Jabatan Sains Komputer dan
                Matematik,  UiTM  Cawangan  Pulau  Pinang.  Pensyarah  yang  terlibat  adalah  Encik  Jamal
                Othman, Puan Muniroh Hamat, Puan Norshuhada Samsudin, Puan Sharifah Sarimah Syed
                Abdullah,Puan Noor Azizah Mazeni dan juga Encik Fahmi Zahari.
                       Memandangkan  pandemik  Covid-19  melanda  dunia  sejak  tahun  lalu,  program  ini
                julung kalinya dijalankan secara dalam talian. Oleh yang demikian, peserta perlu menghantar
                video produk inovasi kumpulan masing-masing dan akan dinilai oleh para juri yang dipilih.
                Bagi memenuhi syarat program, kumpulan kami telah mengetengahkan produk pilihan iaitu
                Comprehensive Examination Slips (CompreES) yang telah di daftarkan dalam kategori Satelite
                Event A: Professional Inventor.
                CompreES merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk memudahkan urusan peperiksaan
                pelajar kerana semua maklumat penting dapat dicapai secara atas talian dan diletakkan di dalam
                satu  slip  peperiksaan.  Sistem  ini  telah  digunakan  oleh  kebanyakan  kampus  di  UiTM.
                CompreES telah berjaya merangkul banyak pingat dalam pertandingan yang disertai sebelum
                ini  seperti  yang  telah  dianjurkan  oleh  UiTM  (2018),  MPC  (2019)  dan  UiTM  Cawangan
                Terengganu (2020).
                       Dalam upacara penutupan majlis yang berlangsung secara atas talian, kumpulan kami
                telah diumumkan sebagai penerima pingat emas dalam pertandingan ini. Akhir kata, kami amat
                berharap agar sistem yang telah dibangunkan ini dapat memberikan manfaat berterusan kepada
                semua. Semoga ianya menjadi penyuntik semangat kepada ahli kumpulan kami dan seluruh
                warga JSKM khusunya untuk terus maju jaya dalam menghasilkan produk inovasi yang lebih
                cemerlang pada masa akan datang.
































                 ────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40