Page 34 - Buletin JSKM 2021
P. 34
33
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
Majlis Persaraan dan Perpisahan Staf Jabatan Sains Komputer & Matematik, UiTM
Cawangan Pulau Pinang bagi Tahun 2021
Siti Asmah Mohamed & Noor Azizah Mazeni
Pada 8 Januari 2021, Unit
Kebajikan dan Kerohanian, Jabatan
Sains Komputer dan Matematik
(JSKM) Universiti Teknologi Mara
Cawangan Pulau Pinang
(UiTMCPP) telah mengadakan
Majlis Persaraan dan Perpisahan
staf JSKM UiTMCPP yang
bertempat di Hotel UiTMCPP.
Majlis Persaraan ini merupakan
majlis khusus yang diadakan
sempena meraikan persaraan Encik
Cheng Siak Peng yang telah
berkhidmat sebagai pensyarah
matematik di JSKM, UiTMCPP
selama hampir 20 tahun. Disamping
itu, JSKM juga turut mengadakan Majlis Perpisahan untuk Prof. Madya Ts. Dr Ahmad Zia Ul-
Saufie yang juga merupakan pensyarah matematik dan statistik di JSKM, UiTMCPP. Beliau
akan memulakan perkhidmatan di tempat baru iaitu di Fakulti Sains Komputer dan Matematik,
UiTM Shah Alam Malaysia. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan atas
segala jasa dan keringat yang dicurahkan oleh mereka sepanjang berkhidmat di sini.
Encik Cheng Siak Peng dilahirkan pada 19 Jun 1961 di Pulau Pinang. Beliau telah
mengikuti Latihan Asas Perguruan di Maktab Perguruan Johor Bahru dan menamatkan
pengajian pada tahun 1984. Pada tahun 1985, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Sandakan, Sabah selama lebih kurang 6 tahun.
Kemudian, pada tahun 1990 beliau telah berpindah ke Pulau Pinang dan meyambung tugasnya
sebagai pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang.
Seterusnya, pada tahun 2000, beliau pernah berkhidmat di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan
akhirnya mendapat tawaran sebagai pensyarah di Jabatan Sains Komputer dan Matematik,
Kampus Permatang Pasir pada tahun 2001. Di situlah bermulanya kerjaya beliau sebagai
seorang pensyarah sehingga tahun 2021 di UiTMCPP, Kampus Permatang Pauh.
Prof. Madya Ts. Dr Ahmad Zia Ul-Saufie telah melapor diri di UiTMCPP pada 1 Julai
2006 sebagai pensyarah part time full time dan mendapat lantikan tetap pada 1 Februari 2007.
Pada tahun 2010, beliau mengambil cuti belajar bagi menyambung pengajiannya di peringkat
Doktor Falsafah (PhD) dan berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 2013. Banyak
jawatan penting dipegang ooleh beliau sepanjang tempoh berada di UiTMCPP iaitu sebagai
Ketua Pusat Pengajian Sains dan Teknologi (2015-2017) dan koordinator di Unit Pengurusan
Penyelidikan (2018-2019). Pada 15 Februari 2018, beliau telah menerima lantikan jawatan
sebagai Prof Madya. Banyak sumbangan dan jasa beliau kepada UiTMCPP terutamanya dalam
bidang penyelidikan. Diucapkan 'Selamat Bersara' kepada Encik Cheng Siak Peng serta
'Selamat Bertugas di Tempat Baru’ kepada Prof. Madya Ts. Dr Ahmad Zia Ul-Saufie. Terima
kasih atas segala jasa dan bakti di JSKM, UiTMCPP.
────────────────»»❀❀❀««──────────────────

