Page 21 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 5 国文书写100篇5
P. 21

Menulis Karangan: Berita
              MODEL
                85                  Tanah Runtuh





              Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku berdekatan tempat tinggal kamu. Tulis sebuah berita
              mengenai kejadian itu. Tulis berita kamu itu selengkapnya.

                                                          Rangka Karangan
                                                          Rangka Karangan
                           国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
                                                        Pd   ❧ tempat, tarikh – kejadian tanah runtuh
                                                        I   ❧ punca – hujan lebat berlarutan
                                                           ❧ kenderaan – rosak teruk – tiada kemalangan
                                                           ❧ seorang mangsa – sempat – menyelamatkan diri
                                                           ❧ tanah runtuh – menyebabkan kesesakan
                                                        Pn   ❧ orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan
                                                              alternatif
                                                          Kamus Mini
                                                          Kamus Mini
                                                       berlarutan 连续          deras 急速
                                                       terhumban 被抛掷          mengawal 控制
                                                       siasatan 调查            laluan alternatif 第二通道



                 IPOH, 18 Ogos – Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku berhampiran Gua Tempurung
                 petang semalam. Kejadian tanah runtuh ini berlaku setelah hujan lebat  berlarutan sejak
                 empat hari yang lalu.

                       10 buah kenderaan yang terdiri daripada lima buah kereta, dua buah lori dan tiga
                 buah motosikal telah rosak teruk akibat kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, tiada
                 kemalangan jiwa dilaporkan.

                       Menurut salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Encik Bakar, kejadian berlaku
                 apabila beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Setibanya di tempat kejadian,
                 keretanya telah dibawa arus deras. Mujurlah ada benteng di tepi jalan yang menyelamatkan
                 beliau daripada terhumban ke dalam gaung. Beliau sempat keluar daripada keretanya dan
                 menyelamatkan diri.

                       Kejadian  tanah  runtuh  ini  telah  menyebabkan  berlakunya  kesesakan  lalu  lintas
                 sepanjang lapan kilometer. Pasukan keselamatan dan penyelamat telah bergegas ke tempat
                 kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas.

                       Jentolak telah dihantar untuk membersihkan tempat kejadian. Selain itu, tempat kejadian
                 terpaksa ditutup sehingga  siasatan lanjut selesai dijalankan. Orang ramai dinasihatkan
                 menggunakan laluan alternatif atau menangguhkan perjalanan.



                                                           88
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26