Page 19 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 19

Menulis Karangan: Cerita
                 MODEL
                  53                    Satu Malam Tanpa Bekalan Elektrik




                Pada suatu malam, bekalan elektrik terputus. Ceritakan suasana pada malam tersebut. Tulis
                karangan kamu itu selengkapnya.


                                                            Rangka Karangan
                                                            Rangka Karangan
                           国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
                                                       Pd   ❧ keletihan – terlelap – dikejutkan – suasana yang gelap
                                                        I   ❧ bangun memanggil ibu – bekalan elektrik terputus
                                                           ❧ ayah – mencari lilin – suara kanak-kanak – menangis
                                                             – mengusik – ibu memarahi saya
                                                           ❧ makan malam – mendengar cerita ayah
                                                           ❧ kerja sekolah – banyak – lilin – tidak mencukupi
                                                       Pn   ❧ terpaksa tidur awal – elektrik kembali pulih – 3.00 pagi

                                                           Kamus Mini
                                                           Kamus Mini
                                                      senja 黄昏、傍晚              gelap 黑暗
                                                      mamai 意识模糊               lampu suluh 手电筒
                                                      mengusik 戏弄、作弄           Internet 网际网络





                   Saya bermain badminton di rumah Zarul. Setelah hampir  senja, saya pulang ke rumah.
                   Sampai sahaja di rumah, saya berehat sebentar di ruang tamu. Oleh sebab keletihan, saya
                   pun terlelap. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan suasana yang gelap dan bising.
                       Saya yang dalam keadaan mamai terus bangun memanggil ibu. Rupa-rupanya, bekalan
                   elektrik terputus. Tanpa saya sedari, sudah lama saya terlelap di ruang tamu.

                       Menurut ibu, bekalan elektrik baru sahaja terputus. Ayah sedang sibuk mencari  lilin
                   sambil memegang lampu suluh. Saya lihat rumah sebelah sudah mula diterangi cahaya lilin.
                   Kedengaran juga suara kanak-kanak sedang menangis kerana takut akan gelap. Saya turut
                   mengusik dan menakut-nakutkan adik. Ibu memarahi saya kerana membuat adik menangis.
                       Selepas mandi, saya menikmati makan malam bersama-sama keluarga. Kemudian, saya
                   dan kakak berbual-bual serta mendengar cerita ayah. Ayah menceritakan beberapa kisah
                   teladan. Cerita ayah berjaya memecah kesunyian untuk menggantikan televisyen kami.
                       Kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu sangat banyak. Saya buntu kerana ada tugasan
                   yang memerlukan saya mencari maklumat di  Internet. Malam itu, saya berhasrat untuk
                   berjaga hingga lewat malam. Tetapi, lilin pula tidak mencukupi. Kedai juga sudah tutup.
                       Saya terpaksa tidur awal pada malam itu. Saya hanya dapat menyiapkan kerja sekolah
                   yang perlu dihantar pada hari esok. Bekalan elektrik kembali pulih pada pukul 3.00 pagi.



                                                             53
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24