Page 22 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 22

Menulis Karangan: Autobiograf 
               MODEL
                55                    Aku Sebuah Peti Sejuk




              Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Peti Sejuk”. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.





                         berjenama                   dilahirkan
                           国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
                          Daween                      di Johor                    Kamus Mini
                                                                                  Kamus Mini
                                                                              kilang 工厂
                                                                              polistirena 聚苯乙烯
                       boleh
                                                          berbentuk
                 disumbat dengan                      segi empat tepat –      dipamerkan 被展出、被展示
                   pelbagai jenis                         dua pintu           bangga 光荣、自豪
                     makanan                                                  cermat 小心、细心
                                                                              berjanji 承诺、答应
                                      harga RM950



               Karangan
                Terbaik

                Aku sebuah peti sejuk berjenama Daween. Aku dilahirkan di sebuah kilang
                di  Johor.  Badanku  berwarna  biru.  Aku  berbentuk  segi  empat  tepat  dan
                mempunyai dua pintu.

                    Tubuhku telah dibalut dengan  polistirena dan plastik. Kemudian, aku
                dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar. Aku dihantar menggunakan
                lori ke sebuah kedai alat elektrik di Melaka.
                    Aku dipamerkan di kedai tersebut bersama dengan rakan-rakanku yang
                lain. Di sana juga, terdapat pelbagai barang elektrik yang lain seperti mesin
                basuh, televisyen, kipas dan radio. Aku tersenyum  bangga kerana akulah       Memberikan
                barang elektrik yang paling baharu di kedai itu.                              huraian
                    Selepas beberapa hari, datang seorang wanita membelek-belekku dengan      yang tepat
                penuh minat. Tanpa berlengah, wanita tersebut terus membeliku dengan harga    kepada isi
                RM950. Kini, aku mempunyai tuan baharu. Aku dibawa pulang ke rumahnya.
                    Aku diletakkan di bahagian dapur. Perutku disumbat dengan pelbagai jenis
                makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan air minuman. Di bahagian
                atas pula, aku diisi dengan ikan dan daging. Aku berasa sungguh gembira.

                    Sepanjang berada di rumah tuanku, aku dijaga dengan baik dan cermat.
                Tuanku dan anak gadisnya sangat rajin membersihkanku jika aku kelihatan
                kotor. Aku berasa selesa tinggal di rumah itu. Aku berjanji akan terus berkhidmat
                sehingga akhir hayatku.


                                                           56
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27