Page 21 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 21

Bahasa Melayu Tahun 4  Menulis Karangan



                   Setiap  orang  memerlukan  sahabat  dalam  kehidupannya.  Begitu  juga  denganku.  Aku

                   mempunyai seorang sahabat baik. Namanya Nur Farisya Kamila. Farisya sebaya denganku.

                   Dia berbangsa Melayu dan sangat sopan orangnya.



                       Farisya merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik. Dia tinggal di Taman

                   Rinting, Johor Bahru. Namun, ibu bapanya berasal dari Sarawak. Dia memiliki  raut wajah

                   yang manis dan suka tersenyum. Oleh sebab itu, aku selesa bersahabat dengannya.



                       Aku dan Farisya berkenalan sejak dua tahun yang lalu. Pada masa itu, Farisya baru

                   sahaja berpindah ke Johor. Ketika di sebuah pasar raya, dia bersama-sama ibunya sedang

                   membeli keperluan dapur. Kemudian, dia secara tidak sengaja terlanggar beberapa tin susu

                   di pasar raya itu. Aku membantunya mengambil dan menyusun tin susu itu semula ke tempat

                   asal.   国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究



                       Sejak peristiwa itu, kami menjadi akrab. Kami saling bertukar nombor telefon dan kerap

                   berhubung melalui khidmat pesanan ringkas. Sesekali keluarganya datang menziarahi

                   keluargaku. Kadangkala, kami menghabiskan waktu hujung minggu bersama-sama seperti

                   berkelah di pantai atau beriadah di taman.



                       Farisya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Aku pula bercita-cita hendak menjadi

                   seorang pendidik. Walaupun kami berlainan cita-cita dan juga sekolah, kami berlumba-lumba

                   dan bersaing untuk cemerlang dalam pelajaran. Di samping itu, kami juga berkongsi nota

                   dan bertukar-tukar soalan.



                       Aku berasa sangat bertuah kerana memiliki seorang sahabat sebaik Farisya. Kami berjanji

                   tidak akan terputus hubungan dan bersahabat sampai bila-bila.




                                                             55
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26