Page 39 - dskp bm t2
P. 39

KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

               ORGANISASI KANDUNGAN                                                     Standard Prestasi

               Kurikulum  Bahasa  Melayu  Sekolah  Menengah  digubal  dengan            Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi
               memberikan  penekanan  pada  Standard  Kandungan  (SK)  dan              yang  perlu  murid  pamerkan  sebagai  tanda  bahawa  sesuatu
               Standard  Pembelajaran  (SP)  yang  perlu  diketahui  dan  boleh         perkara itu telah dikuasai murid (indicator of success).  Ketiga-tiga

               dilakukan oleh murid. SK dan SP ini berpaksikan kemahiran bahasa         standard  ini  ditunjukkan  dalam  organisasi  kandungan  (merujuk
               dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen pengisian kurikulum.         Jadual 8)

               Standard  ini  digubal  dalam  bentuk  pernyataan  SK  dan  SP  yang
                                                                                        Kemahiran Bahasa
               dipersembahkan  dalam  bentuk  modular.  Standard  ini  dibahagikan
                                                                                        Kemahiran  bahasa  merupakan  teras  kepada  Standard  Kurikulum
               kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan,
                                                                                        Bahasa Melayu. Kemahiran bahasa ini diorganisasikan dalam lima
               kemahiran,  nilai  murni,  kreativiti  dan  inovasi  yang  perlu  dikuasai
                                                                                        modul kemahiran bahasa:
               oleh murid.
                                                                                        1.  Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur
               Standard Kandungan                                                           Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan
               Penyataan  tentang  bidang  ilmu  yang  patut  diketahui    dan  dapat       pada    kemahiran    mendengar     dan   bertutur.   Kemahiran

               dilakukan  oleh  murid  dalam  suatu  tempoh  persekolahan  yang             mendengar  merujuk  proses  pengamatan  dan  pengecaman
               merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.                           bunyi  yang  disepadukan  dengan  proses  kognitif  untuk
                                                                                            memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar.

               Standard Pembelajaran                                                        Kemahiran     bertutur   melibatkan    proses    berfikir   bagi
               Penyataan  tentang  penetapan  kriteria  untuk  memastikan  kualiti          menghasilkan  bunyi-bunyi  bahasa  dalam  bentuk  percakapan
               pembelajaran  dan  pencapaian  yang  boleh  diukur  bagi  setiap             untuk  berinteraksi  dan  menyampaikan  maklumat,  pendapat,

               standard kandungan.                                                          perasaan  serta  idea  yang  kreatif  dan  kritis  dengan  sebutan,
                                                                                            intonasi dan nada yang betul serta bertatasusila.

                                                                                    27
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44