Page 8 - pdf novel t.2. sinopsis meniti impian
P. 8
imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang
imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan
gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung
perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera
keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang
10 melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah
menyatakan ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada
siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini
datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak berpuas hati
dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya.
Norimi menyatakan surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan
orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar.
Zahar meminta semula surat itu daripada Norimi dan menafikan
dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti apabila pengetua
keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya.
Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tangannya.
Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat dan
membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh Suhaili. Isi surat
tersebut menyatakan hasrat Suhaili untuk meleraikan ikatan hati
kerana masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga
menyatakan rasa hampa dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan
beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan.
Niatnya untuk membuang air kecil terbantut di situ sahaja dan terus
bergegas keluar dan berlajan pantas masuk semula ke kelasnya.
Zahar meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara
menunggu cikgu Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya,
fikirannya terbawa kembali pada surat yang diterimanya. Surat itu
tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan
8

