Page 9 - pdf novel t.2. sinopsis meniti impian
P. 9

tekadnya  untuk  mencapai  cita-citanya.  Zahar  berazam  untuk

                       membuktikan bahawa dia boleh menjadi manusia yang berjaya dalam

                       hidup yang penuh pancaroba ini.

                       Norimi  dan  Zahar  bertengkar  mengenai  surat  yang  diterima  Zahar

                       tempoh  hari.  Dengan  rasa  tidak  puas  hati  Zahar  memberikan  surat

                  11  tersebut untuk dibaca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah

                       Norimi  tahu  perkara  sebenar  yang  dihadapi  Zahar.  Norimi  datang

                       menghampiri  Zahar  yang  ketika  itu  sedang  berdiri  menghadap

                       padang  memerhatikan  rakannya  bermain  bola  sepak.  Zahar  tidak

                       menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka

                       mengusik  Zahar  mengenai  surat  tersebut.  Zahar  berharap  agar

                       Norimi  berpuas  hati  dengan  ini  kandungan  surat  tersebut  dan

                       meminta  Norimi  menjadi  penawar  luka  hatinya.  Ramli  menjerit

                       memanggil  Zahar  dari  tengah  padang  dan  Maarof  berlari-lari  anak

                       menghampiri  zahar  dan  mengajak  Zahar  dan  mengajaknya  berlatih

                       bersama kerana kekurangan pemain.

                       Bas  yang  membawa  pasukan  bola  sepak  IKM  Sungai  Petani  dan

                       penyokong-penyokongnya  bergerak  meninggalkan  perkarangan  IKM

             12        Alor  Setar.  Maarof  sebagai  ketua  pasukan  memuji  Zahar  kerana

                       menjaringkan  gol  tunggal  dalam  perlawanan  persahabatan  tersebut


                       dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar.  Zahar
                       dengan  rasa  rendah  diri  menyatakan  kejayaan  pasukannya  bukan


                       hanya  bergantung  kepada  dirinya  seorang  tetapi  kerjasama  semua
                       pemain  dan  penyokong-penyokong.  Maarof  juga  meminta  semua


                       pemain  turun  berlatih  untuk  memperkemaskan  permainan  bagi
                       menghadapi perlawanan akan datang.


                       Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak di antara pasukan

                       bola  IKM  Alor  Setar  dan  pasukan  IKM  Sungai  Petani  berlangsung





                                                                                                         9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14