Page 5 - pdf novel t.2. sinopsis meniti impian
P. 5

hidup.  Suhaili  tetap  dengan  pendiriannya  dan  memperlekehkan

                       hasrat  Zahar.  Suhaili  tergesa-gesa  membuat  bayaran  dan  terus

                       meninggalkan  Zahar.  Zahar  berasa  curiga  dan  mengekori  Suhaili

                       tampa  pengetahuannya  dan  mendapati  Suhaili  menaiki  kereta  yang

                       dipandu  oleh  seorang  lelaki  tampan  yang  berusia  lingkungan  tiga

                       puluhan dan terus meninggalkan tempat tersebut.

                       Pak Yusuf menegur sikap zahar yang dari pagi kelihatan muram. Pak

              5        Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia

                       bersikap  demikian.  Zahar  menyembunyikan  sebab  sebenar  dan

                       memberikan  alasan  yang  lain.  Mak  Temah  bertanya  Zahar  kemana

                       Zahar pergi semalam dan tidak kelihatan. Zahar menyatakan yang dia

                       ke Alor Setar untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan ke

                       IKM.  Pak  Yusuf  mepelawa  Zahar  untuk  makan  tengah  hari  di

                       rumahnya.

                       Zahar  ditemani  Pak  Yusuf  pergi  ke  Sungai  Petani  dengan  menaiki

                       teksi  kepunyaan  Pak  Usin  untuk  mendaftar  di  IKM.  Teksi  tersebut

                       juga dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai hal mustahak di Sungai

                       Petani.  Dalam  perjalanan  mereka  bersembang  mengenai  masa

                       depan  pelajar  lulusan  ITM  dan  IKM.  Peluang  kerja  bagi  pelajar

                       lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai  peluang kerja yang baik


                       dalam  sektor  kerajaan  dan  juga  swasta.  Ingatan  Zahar  terimbas
             6         kejadian  Suhaili  dan  pemuda  kacak  di  Alor  Setar  tempoh  hari.


                       Sesampainya  di  IKM  Zahar  terus  menuju  ke  tempat  pendaftaran.
                       Setelah  selesai  mendaftar  Zahar  kembali  mendapatkan  Pak  Yusuf.


                       Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang
                       lelaki  separuh  umur,  berbadan  tegap  dan  bersongkok.  Pak  Yusuf


                       memperkenalkan  Zahar  kepada  Pak  Cik  Kamil  yang  sama-sama

                       datang  mendaftarkan  anak  perempuanya  yang  bernama  Norimi.





                                                                                                         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10