Page 6 - pdf novel t.2. sinopsis meniti impian
P. 6

Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan

                       Norimi  kepada  Zahar  dan  Pak  Yusuf.  Mereka  berbual  seketika  dan

                       seterusnya  beredar  ke  asrama.  Setelah  mendapatkan  kunci  bilik

                       Zahar  dan  Pak  Yusuf  bergerak  ke  asrama.  Mereka  tertarik  dengan

                       beberapa orang pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan

                       kenyataan.  Zahar  membaca  poster  berkenaan  minggu  suai  kenal

                       pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 2.30 petang.

                       Zahar kembali melangkah di ikuti pak Yusuf dengan persoalan yang

                       bermain di fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.

                       Bermulanya  kehidupan  Zahar  sebagai  pelajar  IKM.  Pada  waktu

                       petang selepas pendaftaran bermula program oriantasi pelajar baharu

                       IKM.  Pelajar  senior  mengarahkan  semua  pelajar  baru  berkumpul  di

                       padang  untuk  tujuan  gotong-royong.  Zahar  bersama  rakan-rakan

             7         baharunya  membersihkan  kawasan  belakang  IKM  yang  akan

                       didirikan  bangunan  asrama  baharu.  Pelajar-pelajar  dibahagikan

                       kepada  beberapa  kumpulan  yang  di  ketuai  oleh  seorang  pelajar

                       senior.  Pelajar  perempuan  ditugaskan  untuk  mengangkat  rumput

                       yang  telah  ditebas  untuk  dibawa  ke  tempat  pembakaran.    Selepas

                       selesai  gotong  royong  mereka  diarahkan  ke  dewan  makan  untuk

                       minum petang.


                       Minggu  suai  kenal  sudah  berakhir.  Semua  pelatih  baru  telah
                       ditempatkan  dalam  kelas  mengikut  bidang  kursus  masing-masing.


                       Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi
                       peluang  kepada  pelatih-pelatihnya  untuk  berkenal-kenalan  dengan


                       lebih  dekat.  Seterusnya  cikgu  Baharum  memberikan  penerangan
                       ringkas  latihan  Pertukangan  Perabot.  Zahar  berasa  kagum  melihat


                       peralatan  yang  serba  lengkap  di  dalam  bengkel.  Cikgu  Baharum

             8         membawa semua pelatihnya ke stor menyimpan  pelbagai jenis kayu





                                                                                                         6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11